Home > kisahnya, Uncategorized > Kirakan mereka sekali.

Kirakan mereka sekali.

Salam sejahtera. Hari ini hari Rabu 30hb Jun 2010. Hari terakhir di bulan Jun tahun 2010.

Hari ni agak kalut sikit dengan kerjaya tugasan luar. Banyak destinasi nak kena pergi. Memandu pun jadi berselirat. Dan, pada tengaharinya siaplah segala asakan tugasan tugasan tersebut.

Jam ditangan menunjukan pukul 12.45 tengahari. Jam di dashboard kereta pulak menunjukan pukul 12.49 tengahari. Aiseh… tiada sepakatan la antara jam jam nih….

Tiba di pangkalan bertugas dikirakan dah masuk makan tengahari time. Vavavava… memang serasi dengan situasi dimana kelaparan pun ada dalam diri ini. Ya la.. pagi tadi cuma makan biskut pat sagi perisa jagung cicah dengan ayaq nescafe o ja…. Mungkin kurang kabohidrat agaknya… huhuhuhuhu..

Makanya, aku pun teruih la mencari gerai belakang shell dibawah tahan rimbun pokok. Kat situ lauk ikan keli sambai sedap ooo… Mencari parking diaktifkan kang habis lak ikan keli sambai.

Dah ambik lauk, sayoq serta mengoder ayaq yg perlu kurangkan aih… duduk la di ruang makan yang disediakan. Zasssss.. layan makan nasik. Layan makan tengahari. Sedap sungguh ari nihh…. Abang yang juai ni ka masak or orang rumahnya yang masak ka or orang gaji dia masak ka or pekerja dia masakan ka or ntah sapa sapa yang masak… Lantaklah… Janji terlaksana kesedapan untuk dimakan.

Sambil dok suap makan sambil dok cangak tengok kenderaan yang dok lalu. Yang mana depa terpaksa perlahankan mengkala lalu depan aku… hahahahaha….. perlahan beb… Mana ada yang laju laju… Moto moto pun mengkala depa lep ja lepaih shell tu pun terpaksa perlahankan kenderaan… hahahahaha… Keta aku blok sikit jalan… hahahahaha… Cari parking susah punya pasai, maka aku terpaksa tempek parking sikit depan kereta spectra tu… Mahap na….

Suap, kunyah makanan dilaksanakan dengan berhemah. Di hujung jalan kat kedai juai kereta proton tu adala nampak kelibat 2 wanita India. Secara fizikalnya aku tau siapa mereka depa itu. Yang sorang tangan mengkilek fail dan tangan pegang pen dan ada buku resit dan rakannya pegang satu objek berbentuk empat segi. Rasanya aku tau mereka depa itu. Dan aku pun menyibukkan diri menyuapkunyah makanan tengahari.

Dan seperti yang dijangkakan merekadepa pun lalu di kawasan aku duduk sambil menyapa seorang pemuda Cina. Tak dilayannya. Dan merekadepa beralih ke bahagian yang lain. Aku perhatikan juga beserta dengan kesibukan. Dan akhirnya mereka depa sampai jua ke lokasi aku berada dan aku jua bersikap seperti mereka mereka yang dilalui oleh 2 wanita india tersebut.

Dan merekadepa pun berlalu dari lokasi aku.

Sejenak selepas berlalu itu, aku perhatikan 2 wanita tersebut. Aku cuba pahamkan diri aku situasi mereka. Sungguh. Kalau akulah yang berada seperti mereka dan buat seperti apa yang mereka berbuat itu. Aku pun akan jadi  nestapa. Mana tiada sambutan dan sokongan,  serta tiada juga hasilnya. Sungguh. Tapi aku lihat mereka cekal berbuat seperti biasa.

Sampai di meja yang penuh dengan laukpauk serta kuah dan sayoq merekadepa 2 wanita tersebut berhenti. Agaknya lapar mungkin. Entah sudah berapa jauh merekadepa berjalan bertegur khalayak untuk menyatakan tujuan mereka dan juga mungkin dah banyak kehampaan yang mereka kendong dek kerana tiada respon yang positif dari khalayak.

Aku perhatikan juga mereka depa 2 orang itu. Yang seorang sudah pun mendapatkan hidangan tengaharinya dan duduk di meja yang tersedia ada sambil menunggu rakan yang seorang lagi yang sedang mendapatkan bahan permakanan tengaharinya.

Selaras dengan itu, hidangan aku pun dah habis jua. Minuman pun juga habis jua. Dan aku perlu kembali ke pangkalan tugasan. Aku perlu hindarkan diri dari berlamaan disini.

Aku bergegas ke abang juai makan tengahari. Pelanggan dia ramai juga yang meminta nasi bahan makan tengahari, ada yang minta dijumlahkan RM berapa yangperlu dilunaskan. Begitu juga aku. Perlu menanti hingga ke giliran.

Perasaan simpati pun ada tatkala nengok merekadepa 2 wanita tersebut dengan hidangan tengahari alakadar. Adakah aku ini terlalu pentingkan diri sehingga abaikan tujuan merekadepa tadi. Tidak sepatutnya aku bertindak begitu tadi. Mungkin kelaparan yang menguncikan diri tadinya. huhuhuhuhuhu….

Jadi aku telah berkeputusan.

Tatkala abang juai nasi tu menyatakan jumlah yang perlu aku jelaskan aku pun buat permintaan padanya.

”Bang, kirakan sekali yang 2 wanita tu berapa..?”

Dia pun mencongak congak dan menyatakan hasil kiraannya.

”Semua sekali RMxx.xx”

Dia pun memberikan notis pemberitahuan pada 2 wanita tersebut bahawa hidangan tengahari mereka telah dijelaskan. Aku diam ja… dan merekadepa 2 orang tu macam kepelikan.

Aku bergerak melangkah ke kereta melalui mereka. Diam.

Sewaktu aku memandu melintasi mereka salah seorang dari mereka mengangkatkan tangannya pada aku.

Semuga kalian berdua sukses mengharungi hari ini untuk membuat kutipan sumbangan untuk rumah kebajikan. Semuga kalian tabah.

Hanya itu saja sumbangan aku pada kalian. Dan aku berkata dalam hati : semuga ada kemudahan pada diri aku dalam melaksana hidup hari ini.

Categories: kisahnya, Uncategorized Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: