Home > kajiselidik, Uncategorized > Aku terajang kang budak ni..Ptuihhh !!

Aku terajang kang budak ni..Ptuihhh !!

“Selamat pagi bang, boleh saya jumpa sebentar ? Err..err..!” tiba-tiba saja seorang anak muda muncul depan pintu rumah. Kurus tapi kemas ber’seragam’. Aku yang tengah sedap memblog betul-betul jadi bengg..! Terkejut giler..! Malaun mana pulak pagi-pagi buta cari aku. Siap tahu pulak dia nama aku. Ni geng ‘tarik kereta’ 3 kaler ker apa ? Yelaa..keter aku pun dah masuk 2 bulan tertunggak. Potong stim betul. Usaha gua nak posting 100 artikel hari ni dah terbantut.

“salam..yer saya, nama yang awak sebut tu pun nama saya, ni apa hajatnyer..?” gua ushar muka pemuda tu sambil betulkan gulungan kain pelikat cap gajah relax yang dah hampir nak memburai. Pagi minggu biasalah..kan ! ” er..errr…abang boleh luang sikit masa. Saya sedang buat kaji selidik ni…kaji selidik bekalan air ” sambung pemuda kurus tergagap-gagap bila lihat gua betul2 depan pintu macam nak baham orang. ” kaji selidik air ? Ape ke jadah tu ? Kamu dari univeristi mana pulak ni…buat-buat kajiselidik hari ahad..” gua tanya sambil jegil-jegil mata. “err..errr..bukan universiti bang, dari syarikat..”, belum habis budak tu cakap, gua terus sambung.., ” syarikat apa ? Syt. Lembaga Air Perak tu..? ” Gua dah mula menyoal macam level SB la pulak. makin gagap ler budak ni.

” sasayaaaa..dari syarikat ‘penapis air’ nak minta abang jawab soalan sikit..boleh ker bang ? Sikit jer..!” Hmmm…” gua dah agak, makin menjadi pulak gagap budak ni. Stendet gua la, bila terganggu ajer, biasalah ‘auto’ ajer imej gua tukar nampak bengis, tapi jiwa romantik beb ! Ala-ala Datuk K ler jugak, misai tu hanya ‘garang’ ditempat yang sepatutnya saja. Hahaha..! Lepas gua persilakan masuk, pemuda kurus itu tak lepas peluang , terpa terus. Aikk..dalam dok gagap-gagap, bukan main ‘rempit’ masuk rumah aku..? Gua ngomel-ngomel dalam hati.

Tut..

“abang sekarang guna sistem penapis air jenis macamana kat rumah?” laju jer budak ni lontar soalan kat gua. ‘sistem penapis air ‘kerajaan’lah..apsal ? Jawab gua penuh mantik. ” takk..tak..maksud saya..jejea…jenama apa ? Jenama ? Eh…soklan kau ni memang nak aku jawab jugak ker ? Kalau hang nak tau jenama apa aku pakai, pi ofis JBA kat pekan tu, depa boleh bagi jawapan..mana aku tau ! “.

Bukan bang..bukan macam tu, saya tanya abang ada guna sistem penapis air jenama apa-apa tak kat rumah, macam Elken ker, Bio Aura ker, apa-apalah..! ” Oooo..itu soklan kau..pasal tak cakap awal-awal tadi. Gua dah mula masuk step ke-2, layan boring. Gua belum lagi sempat jawab, dia dah bukak solusi baru pulak..

“Errr…errr..boleh saya pergi ke bahagian dapur abang, kita test PH air pulak..kat sinki..kat situ kita tahu abang guna air tu selamat atau tak selamat utk kegunaan keluarga abang!” sambung budak kurus tu sambil tunjuk ke ruang dapur gua.

Musykhil. Budak ni nak tanya soklan kajiselidik ker, nak buat ujikaji air kat rumah aku ? Mana 1 dia nak buat ni..” hati gua dah mula mendidih. Tak payah…kau duduk jer kat sini, tadi kan kau cakap nak tanya soklan kajiselidik, so tanyalah..” gua mula macam nak hangin tengok cara ‘marketing’ budak ni yang macam si tamak ajer. Semua benda dia nak buat.

” soalan ke-3 bang, kami menawarkan untuk abang ‘water filter system’ seperti dalam gambar ini dengan bayaran minima RM190 sebulan untuk tempoh 24 bulan…bla..blaa..blaa.., abang buleh bayar bulan-bulan, no hal.., dan dihujung cakapnya sebelum stop disebutnya benda kat bawah ni..,

” ..jika abang guna water filter system yang kami jual ni, syarikat kami gerenti kat abang, air yang keluar dari sini, kualitinya, rasanya sama macam air zam-zam..”. Tut….!!

Gua pun tak ingat waktu bila gua terajang keluar mamat ni dari pintu rumah gua. Gua sadis sebenarnya. Nak meniaga pun biar la logik sikit. Dah ler lari dari misi. Kejap kajiselidik, kejap ujikaji..lastly buat marketing pulak, siap bagi jaminan 99% sama macam air zam-zam. Ptuihhh..! Ini macam punya ‘marketing’ pun buleh ada kaaa..!! Manyak cilakak !

Sumber dari al-banjari online

  1. darin
    January 28, 2010 at 2:18 pm

    Urmm ada ka patut samakan air tapisan ngan air zam zam…ikshh..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: