Home > kisahnya > Kisahnya di Ramadhan…

Kisahnya di Ramadhan…

September 15, 2009 Leave a comment Go to comments

Alkisahnya begini……

Kisah ini di surau tempat aku ler. (Bukan aku arr… orang lain? Aku amik citer dia untuk di siarkan kat sini)

Setiap kali nak bersolat sebelum angkat takbir, Imam berpesan ” Luruskan saf…. rapatkan saf “… kadangkala sampai 3 kali diulang-ulang mengingatkan makmum. Kadang-kadang makmum buat pekak badak jer. Apa tidaknya…. dicelah-celah makmum tu ruang kosong sangat luas, Bukan anak kambing… malah induk kambing jamnaparipun boleh lalu di celah-celah makmum yang bersolat.

Itu soal makmum. Yang menjadi Imam tu Ketua Cawangan Pas, dia tu guru pencen.

Bulan posa ni, Imam terawih bergilir-gilir. Pada satu malam Imam tadi jadi makmum…dok di saf depan. Aku pulak dok kat sebelah dia. Aku bersolat memang selalu rapatkan saf dengan makmum bersebelahan. Cara rapat yang Nabi SAW ajar ialah buku lali bertemu buku lali, manakala bahu bertemu bahu ! Itu baru rapat namanya.

Bila aku rapatkan kaki aku kat Imam tadi, dia melarikan kaki dia. Lepas tu aku rapatkan kembali, sekali lagi dia melarikan kaki dia… seolah-olah tidak selesa bersentuhan kaki (buku lali, tumit). Kali ketiga aku rapatkan kaki, dia jeling kat aku. Belum sempat aku angkat takbir… Imam tadi lari ke saf belakang ! SubhanaLlah !

Masa dia jadi Imam suruh makmum rapatkan saf. Bila dia jadi makmum tak mahu rapatkan saf !

Teringat aku kecik-kecik dulu… bukan kat Perak tapi kat Melaka, cikgu (bukan ustaz) kat sekolah selalu nasihatkan aku dan ajar aku cara rapatkan saf dalam solat.

Categories: kisahnya Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: