Home > sejarah > waris pang5 : Pa habaq

waris pang5 : Pa habaq

Hari Selasa minggu lepas aku berkesempatan la lepak dengan 2 memba waris pang5 iaitu Cikgu Zul dan Bakaq Ehsan. Setelah dok ejas buat appointment tentang masa dan lokasi, akhirnya pada malam tu dapat la bejumpa di Parit Buntaq.

Pa lagi, besembang sakan la mengkala kata dah bejumpa tu. Macam macam kisah dan cerita yang keluaq. Semuanya kisah-kisah nostalgia waris pang5. Hahahahahahaha… macam-macam dok ada.

Dan pada hari ni, ada kelapangan dok belek-belek mydocument dalam cpu pc aku, tejumpalah gambaq-gambaq ni. Punya la lama dok terperap. Ni pun gambaq-gambaq masa reunion/gathering raya posa tahun 2007. Yang ada masa tu adalah aku, Cikgu Zul, Rosli Osman serta Shukri bersama-sama keluarga masing-masing. Manakala Iskandar Atip dan Aloq berjumpa di waktu yang lain.

Amat gamat riuh rendah dalam pertemuan tu, ditambah lagi dengan keletah dan gelagat anak-anak dan pasangan masing-masing dalam masa perjumpaan tersebut. Inilah pertemuan yang pertama kali pada kami semua bersama keluarga masing-masing.

Kalau nak diikutkan ada lagi dalam 2-3 memba dan keluarga turut serta, tapi oleh kerana ada urusan yang lain makanya depa tu tak boleh join sama. Antaranya ialah Sham Bomba, Hamzah serta Reza. Mungkin tadak rezeki untuk kami berjumpa pada waktu tu.

Jadi, aku tempek kat sini sebahagian gambaq-gambaq tu untuk tatapan memba-memba waris pang5 yang lain. Setelah hampir berbelas-belas tahun tak berjumpa inilah ketikanya. Masing masing dah berubah. Ada yang koi tembun, koi macho (hahahahahaha) dan lain lain lagi la.. Hangpa boh la sendiri….

Jikalau ada sapa sapa yang bekas Sekolah Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar sessi tahun 1984-1985 boleh lah berhubung dengan aku  melalui emel toyu@toyu2u.com atau tinggalkan nota/pesanan kat ruangan komen di sini atau pun kepada memba-memba yang lain untuk kita berhubungan antara satu sama lain.

Semoga dengan apa yang telah dipaparkan akan membuka ruang pada memba-memba yang lain untuk berhubungan dan menambahkan lagi bilangan waris pang5.

[ toyu ] aku dok tunggu ni pada sapa sapa yang nak join atau nak kongsikan gambaq-gambaq nostalgia panglima.

Categories: sejarah Tags:
  1. Shukri
    June 15, 2009 at 1:21 pm

    Teruskan menjejaki waris pang5.

  2. Shukri
    June 15, 2009 at 1:27 pm

    Nak jumpa aku kat sini.
    http://superbikemalaysia.com/index/

  3. toyu
    June 15, 2009 at 2:36 pm

    Salam Shukri.

    Terimakasih kerana sudi singgah mai. Hang pa habaq weh? Menega baguih kot la nih?

    Aku, tu hari takdan la nak pi kat hang. Maaf na. Aku dgn Zul dan Bakaq mengeteh kat kedei tepi Studio Romzy ja.

    Vavavavavava hang dah join geng superbike norhhh… vroommm vroommmm…. ada nak tala kot Rawang ka?

  4. Shukri
    June 17, 2009 at 4:34 am

    apa cerita reunion kita?….nak buat bagi umuq cukup 50 kot….hehehe..
    ni gambar aku sekeluarga
    [IMG]http://i495.photobucket.com/albums/rr314/ashukrie9/01102008014.jpg[/IMG]

  5. Shukri
    June 17, 2009 at 4:35 am

    apa cerita reunion kita?….nak buat bagi umuq cukup 50 kot….hehehe..

  6. Shukri
    June 17, 2009 at 4:47 am

    Kalau hang ada masa nak YM ngan aku add le email aku ahmadshukrikurnai@yahoo.com

    aku selalu online dari jam 5pm-4am setiap hari…kecuali Ahad

  7. Shukri
    June 17, 2009 at 4:48 am
  8. Shukri
    June 17, 2009 at 5:28 am

    Kalau boleh hang update kan kawan kawan kita kat sini

  9. June 17, 2009 at 5:32 am

    Aku tak berapa pandai nak guna blog ni…hehehe

  10. toyu
    June 17, 2009 at 5:56 pm

    tudiaaa.. bnyk nya….

    perghh.. hang layan mutubesaq norhhh… ihhh ketagih gak akuu… vroommm vroommmmmmm… mau kona cecah tinga ooooo….

  11. Shukri
    June 17, 2009 at 6:15 pm

    hangpun boleh la satu sbk….income dah ok…kerja dah banyak..

    mesti loaded…

    layan hari minggu best….

    asyik kerja je ..boring gak

  12. Ed
    February 7, 2010 at 12:53 pm

    Untuk semua bekas pelajar Panglima tak kira tahun apa, sila daftarkan diri anda di http://xpanglima.ning.com/ mungkin di sini anda akan bertemu rakan lama anda

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: