Home > gaya, iklan > SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

September 26, 2008 Leave a comment Go to comments


Mata kadang tersalah pandang,

Telinga kadang tersalah dengar,

Mulut kadang tersalah ucap,

Hati kadang tersalah duga,

Kaki terkadang tersalah langkah,

Tangan terkadang tersalah cuit,

Minda terkadang tersalah andai,

Tangan ku hulur Di hari Mulia,

Maafkan segala silap yang pasti ada…

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ” Selamat Hari Raya Aidil Fitri – MAAF ZAHIR & BATIN” buat anda para pengunjung laman [ :: t o y u :: ] dan juga kepada kawan, rakan, teman dan sahabat sekelian walau dimana jua anda semua berada, dimana kita semua yang akan menyambut kedatangan Syawal dalam masa beberapa hari lagi.

Setelah kita semua menempuh segala dugaan dan ujian dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, maka diakhirnya, Alhamdulillah… kita diberikan nikmat oleh NYA untuk meraikan akan kemenangan kita menghadapi akan segala dugaan dan ujian tersebut bersama sama dengan sekelian umat Islam yang berada di muka bumi ini.

Diharapkan semuga kita semua meraikan Adil Fitri ini dengan sejahtera dan beringat dalam apa jua aspek. Semoga ianya akan menjadikan kita insan yang bersyukur. InsyaAllah…

Terima kasih juga saya ucapkan kepada ANDA semua yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan serta peringatan pada diri saya selama ini dan yang teristimewanya kepada isteri dan anak anak yang sentiasa berada disisi saya dalam apa jua keadaan melayari kehidupan bersama.

[ SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI – MAAF ZAHIR BATIN ]

Categories: gaya, iklan
  1. October 7, 2008 at 3:09 pm

    mekasih kerana sudi datang ke blog sye..
    emm sye letakan awk dalam senarai friend sye

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: