Home > ikhtiar, kesihatan, pedoman > @Coklat@

@Coklat@

September 9, 2008 Leave a comment Go to comments

Mitos : Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
Fakta : Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalsium – 9%; Riboflavin – 9%; Protein – 6%; Zat Besi – 3%; Vitamin A – 2.4%; Thiamine – 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.

Mitos : Coklat adalah sumber utama ‘dietary sugar’ untuk kanak-kanak.
Fakta : Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

Mitos : Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
Fakta : Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium – 9%; Riboflavin – 9%; Protein – 6%; Zat Besi – 3%; Vitamin A – 2.4%; Thiamine – 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.

Mitos : Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
Fakta : Satu bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu – 40 mg. Cuba bandingkan dengan: 1 cawan susu – 122 mg; 1 keping roti gandum – 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

Mitos : Coklat menyebabkan kerosakan gigi dan mengeluarkan jerawat.
Fakta : Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

Mitos : Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
Fakta : Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns. Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 – 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.



Mitos
: Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
Fakta : Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.

[ Terima kasih pada ezzaras_group dgn info ini ]

Categories: ikhtiar, kesihatan, pedoman
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: