Home > cetus, ikhtiar, pedoman, sejarah > Kisah seorang guru, pasu bunga dan anak muridnya…

Kisah seorang guru, pasu bunga dan anak muridnya…

September 8, 2008 Leave a comment Go to comments
Assalaamualaikum.

Eermmm nih ada nak kongsi cerita sikit….. terima kasih saya ucapkan buat penulis atau yang empunya cerita nih kerana diatas bahan tulisan anda… muga ada manafaat buat kita semua….Ingin dikisahkan mengenai seorang guru yang telah lama bersara dan hidup mewah di Kuala Lumpur. Semasa lepas keluar maktab tahun 60-an, Cikgu Normah dihantar mengajar ke sebuah kampung di pedalaman di utara tanah air.

Perasaan Cikgu Normah sangat tertekan kerana dia dilahirkan serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Dia tidak pernah terfikir akan dihantar ke kawasan pedalaman yang sangat daif dimana murid-muridnya berkaki ayam, comot dan penuh lumpur.

Selepas berpuluh-puluh tahun meninggalkan sekolah buruk itu, satu hari Cikgu Normah menerima surat yang menjemput dia hadir ke majlis perasmian sekolah baru di kampung itu. Cikgu Normah bersetuju untuk hadirkan dirinya. Dia diletakkan di sofa paling depan bersama tetamu kenamaan lain. Perasminya ialah seorang Pegawai Daerah yang baru ditugaskan ke daerah itu.

Khabarnya anak kampung itu yang pernah bersekolah di sekolah berkenaan. Ketika dijemput membuat ucapan perasmian, beliau menceritakan pengalaman zaman kanak-kanaknya di kampung itu. Katanya, dulu dia berkaki ayam ke sekolah, berbaju kotor dan comot kerana jalan kampung yang becak semasa hujan.

’’Tetapi, cikgu-cikgu saya telah membimbing saya dengan baik. Kalau tidak kerana mereka, tentunya saya tidak kemana-mana,’’ dia berhenti seketika menyurai sebak. Suasana menjadi sepi seketika. ’’ Salah seorang yang paling berjasa kepada saya ada bersama-sama kita…,’’ kata Pegawai Daerah itu meninggalkan restrom dan menuju ke arah Cikgu Normah.

Dia menyalam sambil mencium tangan Cikgu Normah dengan air mata yang berjuraian. Cikgu Normah tergamam. Dia tidak kenal pun dengan Pegawai Daerah ini. ’’Tuan Pegawai Daerah ni siapa?’’ tanya Cikgu Normah sungguh-sungguh. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa sayu. Sudah lama tidak ada yang membahasakan dirinya cikgu.

Pegawai Daerah itu tidak menjawab. Sebaliknya, dia menghulurkan sebuah bungkusan dan meninggalkan Cikgu Normah dengan penuh tanda tanya. Ligat dia memikirkan, irasnya tidak ada pada anak muridnya yang berbau selut suatu waktu dulu.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Cikgu Normah rakus membuka bungkusan tadi. Didalamnya berisi sebiji pasu bunga kecil. Disisipkan sekeping nota , ’’Maafkan saya cikgu, saya mengambil masa yang lama menggantikan pasu bunga cikgu.’’ Sepantas kilat lingkaran ingatan Cikgu Normah kembali pada hari pertama dia di sekolah itu pada tahun 60-an dulu. Seorang murid berbau hamis, kotor dan berkaki ayam terlanggar pasu bunga di atas mejanya. Pasu itu jatuh dan berkecai.

Kebencian dan kemarahan bersatu. Cikgu Normah menyambar penyapu bulu ayam dan membelasah murid itu semahu-mahunya. Setiap kali rotan singgah di punggungnya, dia tersentak. Mula -mula murid itu menangis tetapi lama kelamaan tangisannya hilang. Dia seperti reda dengan apa yang dilakukan ke atasnya.

Cikgu Normah tidak ingat berapa kali dia melibas rotan itu. Yang dia sedar, tenaganya semakin hilang.. Paha budak itu pula berjajar merah. ’’Cikgu…., ampunnnn…,’’ kata-kata yang perlahan itu bagai tidak bermaya masih terlekat diingatannya. Cikgu Normah tersedar dia gagal menguruskan kemarahan dan kebenciannya.

Perlahan-lahan airmata Cikgu Normah jatuh di atas pasu yang dipegangnya. Pandangan menjadi kabur dek air mata yag berjuraian. Dia menangis semahu-mahunya. Dia mengambil masa berpuluh tahun untuk menangis di atas perlakuannya.

Moga-moga kisah ini memberikan sedikit ikhtibar bahawa kemarahan dan kebencian selalunya akan membunuh kewarasan kita.

Categories: cetus, ikhtiar, pedoman, sejarah
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: