Home > ikhtiar, pedoman > Membeli mengikut gerak hati

Membeli mengikut gerak hati

September 4, 2008 Leave a comment Go to comments

Salam. Bersua lagi kita dihari ke 4 kita berpuasa pada bulan Ramadhan tahun 1429 ini. Semoga segala apa yang kita lakukan mendapat rahmat dari Allah.

Disini, saya nak berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat dari satu majalah ‘Buletin Pengguna’ September 2007 sebagai panduan kita bersama. Antaranya ialah :

Membeli belah mengikut gerak hati adalah merujuk kepada pengguna yang membuat keputusan dalam sesuatu pembelian tanpa merancang terlebih dahulu. Oleh sebab itu, pengguna seperti ini akan berbelanja secara sesuka hati dan seringkali juga menjadi mangsa muslihat perniagaan kerana mereka ini mudah terpengaruh dengan promosi.

Pembeli belah gerak hati biasanya membeli sesuatu barang tanpa menelitinya dengan baik. Mereka tidak meneliti tentang kontrak dan meyimpan dokumen urusan pembelian dengan baik.

Bagi mengelakkan daripada menjadi pembeli gerak hati, berikut adalah beberapa panduan yang boleh diamalkan :

  • Jangan membawa kad kredit ketika membeli belah.
  • Membuat senarai barangan yang ingin dibeli dan patuhi senarai tersebut.
  • Sedia peruntukan apabila ingin keluar berbelanja dan tidak berbelanja melebihinya.
  • Buat perbandingan harga. Anda mungkin akan menjumpai ada kedai yang menjual sesutu produk dengan harga diskaun sebanyak 10% dan pekedai lain menjual produk yang sama pada harga yang rendah tanpa memberikan sebarang diskaun.
  • Bandingkan sesuatu barangan berdasarkan harga dan kualiti.
  • Periksa sesuatu produk  yang ingin dibeli dengan teliti. Adakah ia merupakan produk yang anda inginkan? Adakalanya, pembungkusan boleh mengelirukan anda tentang kualiti sebenar kandungan produk tersebut.
  • Simpan semua resit
  • Periksa sekiranya ada waranti (pada barangan yang berkenaan)

Categories: ikhtiar, pedoman
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: