Home > ikhtiar, pedoman > Berhati-hati kalau tengok span atas jalan raya…

Berhati-hati kalau tengok span atas jalan raya…

September 2, 2008 Leave a comment Go to comments

KUALA LUMPUR – Span berisi paku dan besi tajam yang diubahsuai kini menjadi ‘perangkap’ sindiket perancang kemalangan dengan niat meraih keuntungan atau ‘longkai’ selain menuang minyak bagi memerangkap mangsa di jalan raya.

Taktik berkenaan antara dikesan melalui kajian yang dijalankan selama sembilan tahun oleh sekumpulan penyelidik dan aktivis keselamatan bebas di negara ini.

Jurucakapnya, K. Balasupramaniam berkata, ‘longkai’ berkenaan biasanya meletakkan ‘perangkap’ di kawasan yang jauh daripada pengawasan pihak berkuasa.

“Jika dilihat dengan mata kasar ia tidak berbahaya kerana kita hanya nampak span, tetapi kalau dilanggar, tayar boleh pancit dan berlaku kemalangan,” kata beliau yang juga Pengerusi Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia kepada KOSMO! semalam.

Jelas Balasupramaniam, pengubahsuaian dilakukan bertujuan untuk mendapatkan impak yang besar selepas kemalangan berlaku dan akhirnya memerlukan bantuan daripada ‘longkai’ untuk dibawa ke bengkel yang didakwa bersubahat dengan mereka.

“Kadangkala pengguna tidak sedar, perbuatan seperti ini boleh membawa maut kepada pemandu terutamanya penunggang motosikal dan kereta yang dipandu laju. “Apa yang lebih merisaukan, kebanyakan ‘barang’ tersebut diletakkan di kawasan berisiko kemalangan seperti di selekoh tajam dan di lorong kanan jalan,” ujarnya.

Antara jalan yang popular dijadikan lokasi kemalangan ialah susur keluar lebuh raya termasuk di sekitar Puchong dan jalan persekutuan di sekitar Sungai Buloh dan Kuala Selangor.

Mereka juga katanya, melakukan perbuatan itu jauh dari lokasi yang mempunyai kamera dan plaza tol bagi mengelak dikesan. Jelasnya lagi, walaupun masalah tersebut pernah dipanjangkan ke Majlis Keselamatan Jalan Raya, namun tiada sebarang tindakan diambil untuk menyelesaikannya kerana tiada bukti dan laporan daripada mangsa sendiri.

Pihak berkuasa juga katanya, tidak dapat mendakwa ‘longkai’ ini kerana tiada undang-undang yang digubal khas untuk menghalang kegiatan mereka. “Apa yang boleh dibuat ialah keseda- ran sivik pengguna sendiri untuk terus berhati-hati dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku di samping tidak terpedaya dengan janji-janji manis ‘longkai’,” jelasnya.

Categories: ikhtiar, pedoman
  1. September 8, 2008 at 3:18 pm

    aduhai..
    memang pengkianat org macam ni no..
    memang jahat tak ketahuan hala..
    tau nak untung saja..

    akak biasa kena ni jack..

    biar tuhan balas kat depa..
    biar depa yang pijak sendiri paku tu..
    pastu eksiden..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: