Home > gaya, ikhtiar, pedoman > Tidak semua daripada remaja hari ini mencapai kemerdekaan

Tidak semua daripada remaja hari ini mencapai kemerdekaan

“Selama 51 tahun yang lalu, penduduk berusaha untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan, malangnya hari demi hari, jiwa dan pemikiran kebanyakan daripada rakyat Malaysia masih dijajah. Ini termasuklah kebanyakan anak-anak muda yang lahir selepas tarikh bersejarah tersebut.

“Ramai dalam kalangan kita terikut-ikut dengan budaya hidup bekas penjajah. Dan ramai yang tidak sedar bahawa penjajah sentiasa berusaha untuk menakluk jiwa masyarakat kita.

“Buktinya, ramai masyarakat hari ini yang hidup tidak berlandaskan ajaran Islam dan lebih memuja budaya barat, banyak terlibat dalam aktiviti yang merosakkan diri, bangsa, agama dan boleh memundurkan negara,”

Selain itu, jelasnya, terdapat faktor lain yang mempengaruhi atau mendekatkan anak-anak remaja yang belum lagi mencapai kemerdekaan sejati.

Antaranya seperti berikut:

Kurang didikan agamaIslam menekankan ketinggian ilmu dan kesempurnaan akhlak. Apabila dua aspek utama ini tidak diamalkan dalam kehidupan, memang sukar untuk mencapai kemerdekaan yang sebenarnya.

Islam tidak mengenepikan tuntutan untuk belajar ilmu, selain ilmu agama. Namun, ilmu agama adalah subjek yang wajib dipelajari dan diamalkan agar kesempurnaan akhlak dapat dikekalkan, barulah generasi itu betul-betul merdeka.

Kelemahan bimbingan dan perhatian ibu bapaPengaruh luar (penjajah) telah berjaya mengalih perhatian ibu bapa daripada tanggungjawab menguruskan anak-anak kepada mencari kekayaan. Anak-anak yang tidak memperoleh bimbingan dan perhatian penuh daripada ibu bapa, mudah terikut-ikut dengan budaya yang tidak sihat. Malah, anak-anak yang tidak dipantau pergerakan hariannya dan siapa rakan mereka juga, sukar untuk mencapai kemerdekaan diri yang sepenuhnya.

Pengaruh media Media berperanan penting dalam membentuk akhlak, begitu juga sebaliknya. Anak-anak yang ‘jauh’ daripada ibu bapa akan berusaha untuk mencari ‘ubat kesepian’ dan ubat paling mudah ialah media, sama ada elektronik atau media cetak. Bila ilmu tiada dan jiwa pula kosong, anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang menghiburkan dan dalam masa yang sama tidak memberikan manfaat kepada kehidupan mereka.

Pengaruh rakanPengaruh rakan sebaya adalah faktor pemangkin paling kuat. Anak-anak akan lebih mudah percayakan rakan-rakan berbanding ibu bapa kerana faktor usia yang kononnya, lebih memahami jiwa mereka. Lantaran itulah, ibu bapa perlu mengenali rakan anak masing- masing.

Menjadi kewajipan untuk semua rakyat Malaysia menanam rasa bangga terhadap kemerdekaan yang telah dicapai ini.

Dalam bentuk pendekatannya pula kata Suzana, sebagai ibu bapa dan golongan bertanggungjawab, kaedah paling utama dalam memerdekakan anak-anak ialah kesedaran ibu bapa itu sendiri.

“Masih ramai ibu bapa yang terlupa tentang hakikat hidup sebenar di dunia ini. Ada yang tidak tahu tanggungjawab dan kewajipan sebenar sebagai ibu bapa.

“Setiap ibu bapa wajib melaksanakan tanggungjawab kepada anak-anak mereka. Kegagalan mereka berbuat demikian bukan sahaja menyusahkan mereka di kemudian hari, malah menyusahkan ahli masyarakat lainnya,” tegasnya.

Dalam membentuk jati diri dan semangat merdeka anak-anak, pihak berkuasa merupakan pihak kedua yang bertanggungjawab memantau setiap aktiviti hiburan yang diketengahkan.

“Mereka perlu lebih tegas dalam memantau setiap aktiviti masyarakat termasuklah program hiburan. Tidak salah berhibur, tetapi janganlah mengikut hiburan budaya barat yang rata-ratanya merosakkan akhlak.

“Selain itu, program-program ilmu perlu lebih diperhebat, bukannya berebut mencari idola yang tidak menguntungkan negara dan agama,” ujarnya.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab setiap masyarakat untuk menyedarkan setiap penghuninya yang lalai. Kaedah paling berkesan ialah kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

Ini dapat dilihat apabila ramai masyarakat hari ini yang hanya Islam pada nama, sebaliknya amalan dan cara hidup langsung tidak berlandaskan ajaran Islam.

Categories: gaya, ikhtiar, pedoman
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: