Home > gaya > Sandal untuk lelaki

Sandal untuk lelaki

Bingung memilih sandal yang sesuai untuk bersantai? Apa pun, pilihlah sandal yang kena dengan kesesuaian majlis, personaliti dan keselesaannya.

SPORT sandal dibentuk
mengikut kontur kaki memberikan
lebih keselesaan kepada pemakainya.

KITA harus akui, lelaki gemar memakai selipar atau sandal kerana sifatnya yang ringkas dan mudah. Selain itu, sandal juga sesuai untuk dipakai dalam keadaan cuaca yang panas mahupun ke acara santai.

Masalahnya, kaum lelaki selalu mengambil mudah ketika hendak membeli sandal dan kurang pasti apakah jenis sandal yang bersesuaian dengan penampilan serta personaliti mereka.

Tambahan lagi, apabila memakai sandal, lelaki cenderung untuk mengabaikan pemilihan seluar atau baju. Ini kerana mereka menganggap sandal sesuai untuk apa sahaja.

Oleh itu, apa kata kita mengenali beberapa jenis sandal yang ada di pasaran, sebelum anda membuat keputusan sandal mana yang mahu dibeli.

1. Thongs sandal
Jangan salah sangka, ia bukan seperti pakaian dalam yang dipakai oleh wanita. Sebenarnya, thongs sandal ialah apa yang kita panggil sebagai selipar Jepun. Ia mempunyai rekaan yang ringkas bersama satu ‘tali’ yang terletak di antara ibu jari kaki.

Menjadi jenis sandal yang paling popular, selipar Jepun ini telah mengalami evolusi dengan penggunaan material yang lebih berkualiti dan corak yang menarik.

Sandal ini cukup sesuai untuk penampilan yang santai, misalnya ketika pergi berkelah. Ia boleh disesuaikan dengan seluar pendek atau chinos.

EVOLUSI thongs sandal yang lebih kemas dan menarik.


2. Slide sandal
Sama seperti selipar Jepun, sandal jenis slide ini telah banyak berubah. Biasanya, slide sandal mempunyai satu atau dua ’lapisan’ lebar yang menutupi bahagian atas kaki anda.

Material yang digunakan juga pelbagai sama ada kulit, getah atau PVC. Aspek keselesaan mesti dititik beratkan ketika memilih slide sandal kerana jika tidak, ia boleh menyebabkan kulit anda mudah melecet, terutamanya selepas berjalan dalam tempoh masa yang lama.

Slide sandal memberikan anda penampilan yang lebih serius. Jadi padankannya dengan bermuda atau khakis.

3. Fisherman sandal
Fisherman sandal menawarkan perlindungan kepada hampir keseluruhan kaki. Ia boleh terdiri daripada pelbagai bentuk dan rekaan dengan sebahagian besar bahagian atas dan hujung kaki ditutup. Selain itu, fisherman sandal mempunyai tali (strap) di bahagian buku lalinya.

Lazimnya, sandal jenis ini menggunakan material kulit atau PVC dengan warna hitam atau coklat. Sandal ini memberikan anda penampilan yang lebih matang. Ia boleh dipadankan dengan jean, khakis atau bermuda, tetapi bukan bersama seluar sukan.

SPORT sandal sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak.


4. Sport sandal
Sport sandal mungkin boleh dikatakan sebagai revolusi daripada fisherman sandal dan dipopularkan oleh pengeluar sandal jenama Teva. Sport sandal mempunyai tali di bahagian buku lali, di samping penggunaan getah tahan lasak dan rekaannya mengikut kontur kaki manusia.

Ia sangat digemari oleh mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Sport sandal yang pelbagai fungsi ini biasanya diperbuat daripada material sintetik atau kulit kalis air, selain tapaknya direka agar tidak licin.

Sebab namanya pun sport sandal, jadi pastikan pakaian yang dipakai biarlah selari dengan aktiviti lasak yang ingin dilakukan. Selain itu, pastikan sport sandal anda benar-benar padan dengan kontur kaki supaya nanti tidaklah sibuk membetulkan tali sandal ketika hendak melalui sungai atau mendaki bukit.

Info : 9 Perkara yang perlu diketahui ketika memakai sandal.

1. Pastikan kuku kaki anda pendek dan bersih. Jangan buatkan kuku kaki yang tidak dijaga rapi membunuh penampilan anda.

2. Jaga kebersihan kaki anda. Memandangkan cuaca yang panas, kaki mudah berpeluh dan berbau.

3. Jangan pakai sandal dengan stoking, melainkan anda bintang bola sepak seperti David Beckham yang mahu masuk ke padang untuk berlatih.

4. Tinggalkan selipar nipis dan murah di bilik air atau dapur. Dapatkan sandal yang bergaya dan berkualiti untuk keluar rumah.

5. Simpan sepasang sandal di dalam beg. Ia tidak memakan ruang yang besar dan boleh memberikan penampilan berbeza kepada anda selepas waktu pejabat.

6. Memang anda boleh mendapatkan sandal murah dengan pelbagai bentuk dan gaya di mana-mana. Apa yang lebih penting, sebelum membelinya pastikan ia selesa untuk dipakai.

7. Sandal bukan boleh dipakai di semua tempat. Jika anda tahu lokasi itu ada kaca yang pecah atau duri, pakai sahaja kasut sukan atau but untuk melindungi kaki anda.

8. Pastikan sandal yang dipakai itu muat dan selesa jika anda perlu berjalan jauh. Berbeza dengan wanita yang boleh memakai kasut tumit tinggi dan catwalk, lelaki memang berdepan masalah jika mereka tidak biasa dengannya.

9. Hanya kerana memakai sandal, ia tidak bermakna anda boleh ambil mudah dengan baju atau seluar yang dipakai. Anda masih perlu memilih warna dan gaya yang sesuai untuk dipadankan dengan sandal itu.


Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Sumber : Kosmo - 12 jun 2008
Categories: gaya
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: