Home > ikhtiar, pedoman, politik > Perpaduan Melayu Islam kini makin rapuh

Perpaduan Melayu Islam kini makin rapuh

MUNGKIN ada antara kita tidak pernah mendengar pepatah “jika pohon kelapa tumbang, kura-kura pun teringin memanjatnya.” Itulah yang terjadi kepada orang Melayu/Islam di Malaysia.

Pohon kelapa itu saya ibaratkan masyarakat Melayu dan ia baru condong, tetapi pelbagai haiwan yang sebelum ini tidak berupaya memanjat pokok yang begitu gagah tegak berdiri kini sedang menanti tumbangnya pokok itu.

Siapa yang menebang pokok ini? Tidak lain daripada orang Melayu sendiri yang sanggup memperjudikan masa depan dan maruah agama dan bangsanya semata-mata untuk menjadi pemimpin negara, semata-mata untuk membalas dendam ke atas seterunya.

Tindakan Majlis Peguam baru-baru ini saya kira satu strategi taktikal yang sudah dirancang begitu lama dan merupakan salah satu atur cara yang disusun rapi untuk menghimpit pemimpin-pemimpin Melayu.

Kerajaan mungkin tidak akan mengenakan Akta Hasutan ke atas ‘pendekar-pendekar’ Majlis Peguam kerana semuanya sudah terlambat.

Kekuatan bangsa Melayu hanya bergantung kepada perpaduan kerana lain-lain kekuatan sudah jumud. Kita tidak ada lagi kekuatan ekonomi, pendidikan malah moral. Orang Melayu lemah dari semua sudut.

Pemimpin kita terus meminta orang Melayu terus bersabar dan memberi apa-apa konsesi yang ada kepada bangsa lain demi keamanan dan muhibah.

Angkara siapa kejatuhan Melayu? Pertama, angkara Melayu yang mudah lupa. Apabila segelintir korporat Melayu berjaya dan menjadi kaya-raya, mereka lupa diri dan tidak ada komitmen untuk membela bangsa. Akhirnya mereka sendiri tumbang dan merana.

Kedua, pemimpin-pemimpin Melayu tertentu yang asyik dengan kroni dan kemewahan, yang hanya memilih kawan rakan dan sanak-saudara untuk membantu mereka terus menjadi pemimpin. Mereka menjenguk rakyat bila ada pilihan raya.

Ketiga, pemimpin Melayu yang taksub dengan ideolgi sendiri yang sanggup melupakan perpaduan kaum sendiri.

Keempat, pemimpin yang sanggup melakukan apa saja, termasuk memperjudikan bangsa Melayu asalkan cita-citanya tercapai. Kelima, golongan pengikut kepada pemimpin-pemimpin ini yang setia membuta-tuli atau ada agenda peribadi.

Keenam, ada ulama yang gagal menjadi ulama dan akhirnya terjebak menjadi pengikut parti yang menghancurkan perpaduan Melayu. Ketujuh, orang Melayu yang senang dipanggil ‘liberal’ dan ‘sosialis.’

Kelapan, orang Melayu yang hanyut dalam hidup (entah Islam entah Melayu) dan akhir sekali ‘bloggers’ yang asal usulnya Melayu tetapi kini liberal dan hanyut.

Suka atau tidak kita perlu menerima hakikat bahawa masyarakat bukan Melayu mempunyai think tank yang sentiasa memikirkan strategi untuk kebajikan dan kepentingan mereka. Mereka boleh duduk semeja walaupun daripada parti yang berlainan. Oleh itu tidak hairanlah jika mereka mengunakan ‘kumpulan pelobi’ dan tekanan-tekanan lain secara kumpulan hingga tercapai matlamat mereka.

Mereka tidak perlu mengadakan majlis perasmian bagi menguar-uarkan acara mereka seperti diamalkan kita. Amat malang budaya Melayu suka kepada besar dan meriah. Belum pun berhasil perbincangan UMNO dengan Pas, seluruh dunia sudah tahu apa yang diperbincangkan. Maka menerkamlah pihak-pihak yang fobia kepada perpaduan Melayu dan berfikirlah mereka bagaimana menghentikan perbincangan ini.

Akhirnya matilah benih perpaduan Melayu, belum sempat disiram air tetapi terus disimbah racun.

Ada orang berpendapat sekiranya provokasi ke atas isu-isu orang Melayu dan Islam ini berterusan, peristiwa berdarah 13 Mei akan berulang.

Bagi saya, ia tidak akan berulang kerana kita sudah ketandusan pemimpin seperti Datuk Harun. Orang Melayu yang berani berjuang untuk Melayu sudah hampir pupus. Yang tinggal kebanyakannya Melayu yang memperjuangkan untuk sesuatu yang ‘materialistik’.

Orang Melayu sudah dijajah lagi dalam bentuk baru dan sekali lagi Melayu berjaya ‘dipecah perintah.’ Pun begitu saya sendiri tidak bersetuju cara pertumpahan darah untuk melerai kekusutan Melayu kerana kita sepatutnya lebih bijak dan pintar daripada itu.

Perpaduan bangsa Melayu Islam sekarang ini tinggal sejarah. Orang Melayu lazimnya hanya insaf ketika di saat-saat akhir, ketika nafasnya sudah di penghujung.

Sebagai usaha terakhir, saya merayu kepada pemimpin-pemimpin Melayu Islam agar bermuhasabah diri dan segera bersemuka tanpa apa-apa pra syarat, bunga manggar atau konvensyen di hotel terkemuka. Buatlah sesuatu yang ikhlas agar Melayu tidak tinggal nama dan budaya.

AIR MATA BUAT BANGSAKU

Alor Star, Kedah

Sumber : www.utusan.com.my

Categories: ikhtiar, pedoman, politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: