Home > pedoman > Ceramah Ustaz Hadi Talha mengenai JIN di Surau Al-Ikhwan 3 Ogos 2008

Ceramah Ustaz Hadi Talha mengenai JIN di Surau Al-Ikhwan 3 Ogos 2008

Salam.

Pada 3hb Ogos pihak Surau Al-Ikhwan telah menjemput Ustaz Hadi Talha untuk memberikan ceramah beliau mengenai JIN. Alhamdulillah, Ustaz telah bersetuju dengan jemputan tersebut.

Dan disini saya sertakan rakaman ceramah tersebut   ( klik SINI untuk dapatkan audio ceramah ) untuk kita sama sama ambil pengetahuan dari kandungan ceramah tersebut. Juga disertakan catitan ceramah tersebut untuk rujukan anda semua. Sebelum itu saya pohon maaf kerana rakaman audio ceramah tersebut agak kurang memuaskan kualitinya juga pada catatan nota yang mungkin tidak berapa sempurna dan mungkin ada yang tak berapa tepat. Sehubungan dengan itu, perlulah dirujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Ustaz dalam audio ceramah Ustaz.

Nota ringkas ceramah :

– Hakikat Jin dan asal usulnya : Jin dalam bahasa Arab punyai 2 huruf iaitu Huruf Jim () dan Nun ( ) yang mempunyai sesuatu yang tersembunyi. Antara contoh lain yang bersangkutan dengan huruf tersebut ialah seperti Janin – yang kita tak nampak ianya , Jannah – iaitu surga dimana kita pun tak nampaknya.

– Jin adalah roh yang berakal, yang berkehendak serta bernafsu, mahkluk yang abdikan diri kepada Allah, tidak mempunyai jasad, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiatnya, boleh membentuk dirinya seperti apa yang dikehendakinya.

– Terdapat kisah dalam sejarah iatu para pembesar Quraish bermesyuarat untuk menghapuskan Nabi Muhammad s.a.w dimana syaitan pun terlibat sama dan ada didalam mesyuarat tersebut yang menyerupai seorang tua dan memberikan cadangan agar Nabi s.a.w dibunuh oleh setiap wakil puak puak yang ada.

– Hanya orang yang diganggu syaitan sahaja yang nampak akan ia dan orang orang yang normal tidaklah ia nampak.

– Orang yang mendakwa ia nampak Jin dikatogerikan sebagai orang fasik.

– Jin jin diciptakan dari api, manusia daripada tanah manakala Malaikat dari cahaya dan jin jin diciptakan lebih awal dari 2,000 tahun dari manusia.

– Antara nama nama Jin :
+ Amil* – yang duduk dalam rumah dengan manusia, maka kita hendaklah membaca kalimah Bismillah terlebih dahulu sebelum makan supaya iapun tidak sama turut makan bersama kita. Apabila kita balik kerumah dari suatu tempat, apabila masuk rumah dan tutup pinta dibacakan kalimah tersebut untuk mengelakan dari ia ikut kita masuk dan duduk bersama kita. Juga ketika hendak masuk ke tandas juga hendaklah dibacakan kalimah tersebut beserta dengan doanya untuk mengelakan dari jin jin tersebut melihat aurat aurat kita.

+ Arwa* – yang suka mengacau dan buatkan bayi menangis dan jikalau teruk akan membuatkan bayi itu jadi sawan tangis dan tarik.

– Jin yang baik adalah jin Islam dan jin yang jahat adalah kafir iaitu syaitan

– Jin pun diibaratkan seperti manusia iaitu ada yang pandai dan ada yang tak pandai. Contoh Jin yang tak pandai adalah seperti jin yang tinggal dihutan. Apabila dia merasuki seseorang yang melalui tempatnya didalam hutan dan orang itu balik kerumahnya, jin itu tidak boleh keluar. Jikalau ia keluar pun ia tak tahu hendak kemana dan ia akan masuk balik kedalam orang yang dirasukinya. Kalau hendak keluarkan, dibawanya orang itu ke tempat yang ia telah pergi itu dan diarahkan jin tersebut keluar, maka bolehlah jin itu keluar setelah ia nampak akan ahli ahlinya dan kawasan ia.

– Terdapat 3 golongan jin :
1- golongan yang boleh terbang
2- golongan yang membentukkan dirinya seperti ular atau anjing.
+ Dalam kes ini jikalau rumah kita dimasuki ular, jangan terus dipukul ular tersebut. Tanyakan terlebih dahulu adakah ianya jin ataupun haiwan ular sebanyak 3 kali. Jikalau 3 kali sudah ditanya dan ia tak keluar juga dari rumah bermakna betullah itu adalah haiwan ular. Dan boleh kita memukul ular tersebut.
+ Jikalau bermimpikan ular/anjing itu adalah mimipi syaitan dimana mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Hanya mimpi yang baik sahaja datangnya dari Allah. Jikalau dapat mimpi yang baik bangun dari tidur ucapkanlah Alhamdulillah dan jikalau mimpi yang buruk sebaik bangun ucapkanlah a’uzubillah….. dan ludah kekiri sekali. Perlulah ubahkan tempat tidur jikalau hendak tidur lagi.
3- golongan yang berpindah randah dan menetap

– Musuh Nabi s.a.w adalah syaitan manusia dan syaitan jin

– Antara tanda tanda gangguan jin :
+ susah hendak tidur
+ bermimpi yang buruk dan menakutkan
+ takut untuk tidur
+ bermimpi melihat binatang yang ganas
+ mendengar bunyi bunyi yang mengganggu sewaktu hendak tidur
+ ketawa atau menangis atau bertempik atau meraung sewaktu dalam tidur
+ berjalan sewaktu tidur
+ selalu sakit kepala
+ malas bersolat, berzikir, membaca Quran. Kalau buat pun cepat berasa mengantok
+ tidak lalau makan kerana apabila ia makan jin itu yang makan bersamanya
+ sakit perut seperti ada benda yang bergerak gerak didalamnya.
+ selalu marah marah, murung, sayu.
+ pasangan yang susah mendapat zuriat susah untuk mengandung
+ ada juga jin yang sampai hendak kahwini manusia.

– Manusia ada Qarin. Qarin Nabi s.a.w telah diIslamkan. Qarin yang lain kafir. Orang yang kuat beramal Qarinnya kecil manakala orang yang tidak kuat beramal Qarinnya besar.

Pendinding dari gangguan jin
+ banyakkan buat amalan solat, membaca Quran, berzikir, solat malam di rumah dan berbagai lagi. Tidak perlu guna tangkal/azimat
+ apabila kita berbuat amalan amalan dirumah kita, ianya akan membentuk satu cahaya dimana ianya mengelakan dari syaitan/jin memasuki rumah.

– JIn jin ini jangan dicabar. Ia akan menyahut cabaran tersebut apabila dicabar.

– Musuh jangan diminta/dicari/berjumpa. tetapi apabila dah berhadapan dengan musuh janganlah kita lari. Perlu hadapinya.

– Jin jin ini jangan dicarinya, tetapi jikalau ia mengganggu kita/kawasan kita bolehlah kita berusaha mengusirnya.

– Iblis adalah bapa kepada syaitan syaitan dan ia hidup hingga ke hari kiamat. Allah telah melaksanakan permintaan Iblis tersebut.

– Jin yang kuat ada yang datangnya dari Bermuda Triangle. Jikalau menghadapi jin jin yang kuat jika kita seorang yang melawannya dengan doa atau apa cara ianya tak mendatangkan kesan padanya. Perlu dibuat secara beramai ramai (jemaah) untuk melawannya.

Begitulah serba sedikit yang dapat saya paparkan hasil dari catatan yang sempat dibuat dari ceramah tersebut. Walau bagaimanapun anda semua diharap dapat merujukannya pada ucapan Ustaz dalam audio ceramah untuk kepastian ataupun merujuk terus kepada Ustaz atas sebarang persoalan yang ada.

Moga dengan segala apa yang kita usahakan akan diberkati Allah. Segala salah dan silap saya harap dimaafi. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan diri saya.

Assalaamualaikum.

* ketepatan ejaan/sebutan nama amatlah diharapkan jikalau anda mempunyai maklumat.

Disini juga disertakan gambar gambar pada majlis tersebut :

Categories: pedoman
  1. July 23, 2009 at 2:47 pm

    Assalammualaikum…….saya siti wakil dari Syarikat EZYREADQ SDN BHD ingin memperkenalkan Quran yang boleh membaca dengan senang dan mudah untuk semua orang islam tidak kira usia .Quran ini di namakan QURAN READPEN.Ini juga baru diperkenalkan di pasaran.Layari ke lawan web :www.ezyreadq.com.my atau hubungi 018- 666 7749 @ 03-80633703

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: