Home > pedoman, politik > Mengisafi tanggungjawab sebagai pemimpin

Mengisafi tanggungjawab sebagai pemimpin

Dalam hubungan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT, seperkara yg perlu kita ingat ialah sebagai insan atau makhluk terbaik yang diciptakan oleh Allah SWT, kita memikul 2 amanah yang penting.

Pertama, amanah sebagai hamba Allah yang dituntut supaya kita mengabdikan diri kepada-Nya

Kedua, amanah sebagai khalifah dimuka bumi yang diberi peranan untuk membangunkan insan dan alam berpandukan kepada syariat Allah SWT dengan harapan akan wujud keamanan dan kesejahteraan untuk dinikmati bersama.

Dalam konteks pembangunan dan memakmurkan negara, amanah menguruskan dan mentadbir negara terpikul dibahu para pemimpin yang pada dasarnya mempunyai 3 peranan utama iaitu :

1- mewujudkan susasana aman dan damai (mengelakkan rasa takut dan cemas bagi setiap penduduknya)

2- mewujudkan kemakmuran dan keluasan rezeki dalam penghidupan (rakyat dalam keadaan sihat jasmani & rohani)

3- melahirkan manusia2 yang baik dan berakhlak mulia

Dengan penjelasan demikian, peranan dan tanggungjawab seseorang pemimpin itu sebenarnya amat besar dan dirasakan amat berat. Oleh itu sebagai seorang pemimpin samaada terhadap diri dan keluarga apatah lagi jika memegang kepimpinan yang lebih besar, kita beramanah dan bertanggungjawab atas kepimpinan tersebut malah meletakkan masaalah kepimpinan itu pada tahap paling atas sesudah beriman kpd Allah SWT dan Rasul SAW.

Dalam menjayakan sesuatu rancangan yang telah dirangka, seseorang pemimpin hendaklah sentiasa meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan harapan Allah SWT akan memberikan pertolongan dan kemudahan dalam mencapai matlamat kepimpinan yang disebutkan tadi. Perlu disedari, jika tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT, pasti kita akan gagal dalam melaksanakan sesuatu tugas sebagaimana madah seorang penyair sufi.

Ia berbunyi “Kalaulah tidak ada pertolongan Allah SWT kepada seseorang pemuda, maka faktor pertama yang merosakkan dirinya ialah usaha dan kesungguhannya sendiri”.

Sebagai seorang pemimpin yang beriman kepada Allah SWT, hendaklah menjadikan diri Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yg terbaik. Ini kerana Baginda SAW menmpunyai ciri ciri kepimpinan yang unggul seperti berilmu dan bertakwa, amanah dan bertanggungjawab, adil dan tegas, mengutamakan kepentingan umum terlebih dahulu daripada kepentingan diri sendiri, hidup amat bersederhana dan tidak bermewah mewah, mengamalkan dan menghargai pendapat serta teguran orang bawahan.

Ini menjadikan diri Baginda Rasulullah SAW dikasihi oleh Allah dan para umatnya malahan Baginda juga dihormati dan disegani oleh musuh musuhnya.

Justeru, para pemimpin hari ini perlulah manjadikan diri Rasullulah SAW sebagai idola dan model kepimpinan yang terunggul. Kebijaksaan dan ketokohan Baginda SAW sebagai seorang pemimpin melayakan diri Baginda SAW sebagai pemimpin umat yang berjaya pemimpin rumahtangga yang penyayang, sebagai guru atau pendidik yang tidak mengenal putus asa, bahkan sebagai ketua atau panglima dimedan perang yang gagah berani dan sebagainya.

Dan betapa pula kita pada hari ini, sebagai pemimpn terhadap diri sendiri, pemimpin dalam keluarga, pemimpin dalam sebuah organisasi atau pertubuhan malahan mungkin ada diantara kita yang menjadi pemimpin yang lebih besar lagi daripada yang disebutkan tadi.

Adakah kita benar benar prihatin dengan kepimpinan kita? Dan adakah kita sentiasa menginsafi bahawa kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan-Nya mengenai kepimpinan kita didunia ini.

Amat mendukacitakan, keghairahan sekelompok pemimpin yang menawarkan diri menjadi ketua atau pemimpin dalam pertubuhan dan organisasi yang mencetuskan banyak polemik dan isu amat dikesali. Ini kerana perebutan kuasa dan pertelagahan untuk melayakkan diri mereka memimpin sesebuah aorganisasi atau pertubuhan telah melenyapkan konsep syura atau perundingan yg menjadi salah satu dasar dalam ajaran Islam.

Sejarah telah membuktikan ketika Rasulullah SAW wafat, para sahabat telah berbincang untuk memilih pemimpin bagi menggantikan Baginda SAW, lalu para sahabat memilih Saidina Abu Bakar sebagai pemimpin berdasarkan sistem syura. Islam telah menggariskan beberapa kriteria untuk melayakkan seseorang menjadi pemimpin iaitu, hendaklah seorang yang amanah, berkemampuan, berpengalaman dan bertakwa kpd Allah.

*Oleh : A. Mohd Rahimin Sihat [ Rencana – Utusan Malaysia – 25 April 2008]

Categories: pedoman, politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: