Home > pedoman > apa cita-cita adik bila besar??

apa cita-cita adik bila besar??

Soalan yang biasa ditanya kepada anak-anak kecil : apa cita-cita bila besar nanti? Atau bila besar nak jadi apa? Bila anak-anak ini buntu, tak tahu menjawab, orang dewasa yang bertanya akan membuat pencerahan; nak jadi doktor ke, peguam ke, cikgu ke…lalu anak-anak akan menjawab mengikut rentak pencerahan tersebut.

Persoalannya kenapa ruang cita-cita dilihat dari sudut kerjaya semata-mata? Nak jadi doctor, jurutera, peguam, ini adalah cita-cita melibatkan kerjaya…melibatkan keselesaan hidup pada masa depan…adakah kerjaya adalah segala-galanya dalam kehidupan?

Bagi saya cita-cita yang dibentuk berdasarkan kerjaya adalah hasil jiwa kebendaan yang telah merajai pemikiran manusia hari ini, lalu ia diresapkan pula dalam pemikiran anak-anak sedari usia awal pendidikan. Maka lahirlah masyarakat pelajar yang hanya belajar untuk mendapatkan sijil. Sijil pula untuk mendapatkan pekerjaan. Mendapat segulung ijazah menjadi kemuncak cita-cita seorang pelajar. Seterusnya, mendapat satu kerjaya yang menjamin masa depan di dunia menjadi satu cita-cita. Seterusnya, mencapai keselesaan hidup menjadi satu cita-cita. Seterusnya apa lagi?

Bagaimana dengan Islam? Sepatutnya cita-cita si anak kecil ialah untuk hidup demi islam, memperjuangkan agama Allah. Apa pun kerjayanya selepas ini ia hanyalah kerjaya untuk mendapat sesuap nasi dan sedikit keselesaan hidup. Ia tidak salah, malah dituntut. Tapi bukannya dituntut sebagai satu matlamat. Ia hanyalah alat. Hidup bukan untuk makan, tapi makan untuk hidup…

Hiduplah untuk islam! Hiduplah untuk perjuangan agama Allah di posisi mana pun anda berada! Wakafkanlah masa, tenaga, harta anda demi untuk memastikan Islam sentiasa menjadi milik manusia…

Sistem pendidikan kita telah melahirkan masyarakat yang hidup untuk makan. Kesannya untuk mendapat sesuap makanan mereka sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan meskipun haram…jangan ditanya halal dan haram pekerjaan, yang penting boleh makan….

Kemana perginya pengakuan kita dalam solat:
إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Rabb seluruh alam.

SEKADAR PERINGATAN…….

*petikan dari tulisan Ustaz Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri – [toyu]

Categories: pedoman
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: