Home > cetus > akakjb @ puan marini dalam kenangan…

akakjb @ puan marini dalam kenangan…

innalillahiwainna ilaihi ro ji’un..

[Potret sebelah ini saya ambik dari blog frenster arwah.]

Sebelum ini, maklumat berita dari rakan rakan mengatakan bahawa arwah telah dimasukkan ke wad ekoran dari kesakitan sakit arwah. Dalam keadaan lemah, makan pun tidak berapa boleh arwah dirawati oleh pihak hospital. Atas dasar persahabatan, makanya diusahakan cara untuk membantu arwah disebabkan jarak yang jauh. Makanya hanya dengan usaha inilah yang dapat dilakukan.

Aku cukup bersedey dengan berita ini… sebelum ini, pada 17hb petangnya ada bercakap dengan suami arwah bertanyakan keadaan arwah. Dan juga meminta nombor akaun arwah untuk saluran sumbangan dari rakan rakan KOL.

Malam 18hb ketika balik dari kerja sambey memandu, teringatkan keadaan arwah. terus call suami arwah (En Fauzi) bertanyakan keadaan arwah. Dimaklumkan bahawa arwah telah dipindahkan ke hospital yg lain. Arwah dalam keadaan tenat. Saya pun tatau nak cakap pa dengan En Fauzi. Hanya minta beliau bersabar dan redha dengan selalu apa yg berlaku.

Sabtu malam ada sahabat yang bertanyakan saya betuikah arwah dah meninggal pada masa tu. Saya lagi terkedu… lagi pun saya memang tadak terima apa pa maklumat dari sahabat yang lain. Selang beberapa minit kemudian… En. Fauzi call. Dia maklumkan bahawa akakjb dah meninggal pukui 5.40 petang tadi…. tergamam aku… lagi sekali tatau nak kata pa… dimaklumkan juga oleh En. Fauzi jenazah akan dikebumikan esok hari di Johor.

Sesungguhnya kenangan dengan arwah amat banyak. walopun hanya sekali pernah bertemu dgn arwah. Selebihnya hanya di alam cyber… sesekali ada la call thru phone. Pernah ziarah arwah pada penghujung tahun 2006 ataupun awai 2007 (maaf, tak bopa ingat) sewaktu arwah diperingkat awal sakit. Berbual dengan arwah, suaminya, ayah dan ibu arwah. Arwah mmg seorang yang mesra. Itu semua hanyalah kenangan.

Buat En. Fauzi, semoga tabah menghadapi semua dugaan ini bersama dengan anak anak. Buat anak anak arwah… ibu kalian sentiasa ‘hidup’ dimana mana sahaja. Tabahkan dan kuatkan semangat melalui hari hari yang mendatang.

Pada saya, arwah adalah seorang sahabat yang baik dan mesra. Sentiasa sudi memberikan sebarang bantuan jika kita perlukan bantuan. Seorang yang girang. Semua itu dapat dilihat dalam posting posting beliau dalam KOL. Tapi… itu lah. Siapa sangka… Disebalik itu dan juga didalam dirinya menanggung beban sakit sengsara ~ kanser. Beliau tabah mengharunginya bersama sama apa yang ada disekelilingnya.. Bertarung hingga ke akhir hayat beliau.

Akhir sekali, marilah kita semua sama sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 soleh… amin

Categories: cetus
  1. August 4, 2008 at 7:13 pm

    Al-fatihah..
    semoga rohnya dicucuri rahmat..
    dan diletakan bersama orang2 beriman dan solehah.. Aminnn..
    sedihnya akak jack..
    bila dok baca crita2 pasai dia..
    berlinang air mata..
    walau pun jauh dimata..tapi dekat dihati..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: