Archive

Posts Tagged ‘sejadah’

Godaan Iblis : Hanya Guna Sejadah…

January 19, 2010 Leave a comment

Tengahari menjelang Zohor di mana ada salah satu Iblis sedang berada dalam Masjid. Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat di mana saat berkumpulnya orang. Iblis sudah ada dalam Masjid ia kelihatan begitu khusyuk. Para jemaah mulai memenuhi setiap ruang dalam masjid. Iblis menjelma menjadi ratusan bentuk masuk dari segala penjuru samada atas jendela, pintu atau pintu masuk tandas. Pada setiap orang, Iblis juga masuk dalam telinga, saraf mata, urat nadi lalu menggerakkan denyut jantung setiap para jamaah yang hadir. Iblis juga menyelinap di setiap sejadah.

“Hai, iblis!”, panggil tuan imam ketika baru masuk ke Masjid itu. Iblis merasa terusik : “Kau kerjakan saja tugasmu, tuan imam. Tidak perlu kau menegah saya. Ini hak saya untuk mengganggu setiap orang dalam Masjid ini!”, dengus Iblis

“Ini rumah Tuhan, iblis! Tempat yang suci, kalau engkau mahu ganggu, kau boleh lakukannya di luar nanti!”, tuan imam cuaba mengusir Iblis itu.

“Tuan imam! hari ini adalah hari ujian bagi mencuba sistem baru”. kata Iblis membuatkan tuan imam tercengang.

“Saya sedang menerapkan cara baru untuk menjerat kaummu”.

“Dengan apa?” tanya Tuan imam

Read more…

Categories: godaan iblis Tags: , ,
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.