Hari ni hari Isnin.
26hb April 2010.
Kemarin adalah hari Ahad. Penentuan untuk mencari Ahli Parlimen P094.
Hari ni suasana sunyi tetapi tidak sepi. Malam tadi keputusan siapa Ahli Parlimen P094 dah diketahui.
Pemenang – En. Kamalanathan dari MIC/BN
Tapi yang pasti di Bandar Sungai Buaya aku dapat tahu, para peneroka sedang bergelut untuk dapatkan bayaran bank draft depa…
Dapat ka dak tatau la plak….
Salam sejahtera…
Petang ni rasa nyaman sikit. Suasana selesa. Tadak lagi kalut malut.
Undi P094 dah habis.
Berdebar bebbb…
Sapa la yang akan Ahli Parlimen… Sapa arr…???
Salam sejahtera.
Agak lama sungguh toyu2u ni tak diupdate atau kemasukan apa pa entri.. huhuhuhuhu.. kalut oooo.
kalut ngan serba serbi….
Ni plak tengok suasana kalut ngan P094…. Wahhh.. meriah oooo 1Malaysia.
Pada angpa la… agak agak angpa calon mana yang akan berjaya bersetatus Ahli Parlimen Hulu Selangor?
Adakah calon dari PKR/PR – Zaid Ibrahim… atau pun calon dari MIC/BN – Kamalanathan..???
Sapa??? Sapa????
Boleh angpa habaq mai dak..????
Ramai yang gembira dengan ‘Belanjawan 2009 – kerajaan prihatin’ berjumlah RM207.9 billion naik 5.1 peratus berbanding belanjawan 2008 yang dibentang Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, 29 Ogos lalu.
Gembira juga rakyat marhain mendengarnya apabila bayaran bil eletrik RM20 kebawah dikecualikan pembayaranya. Katanya pengcualian bayaran itu akan memberi manfaat kepada golongan sasar iaitu rakyat miskin walaupun ada yang berpendapat kerajaan BN ‘fobia’ dengan angka RM20 itu.
Sebagaimana biasa media arus perdana memainkan peranan propagandanya untuk menghebahkan kebaikan bajet kerajaan prihatin itu maka ramailah tokoh-tokoh diemput (dibayar) untuk bercakap memujikan kerajaan BN itu.
Di peringkat rakyat biasa, tidak kurang yang turut membahaskan isu sama di parlimen mereka, iaitu kedai kopi dan warung-warung .
Read more…
MUNGKIN ada antara kita tidak pernah mendengar pepatah “jika pohon kelapa tumbang, kura-kura pun teringin memanjatnya.” Itulah yang terjadi kepada orang Melayu/Islam di Malaysia.
Pohon kelapa itu saya ibaratkan masyarakat Melayu dan ia baru condong, tetapi pelbagai haiwan yang sebelum ini tidak berupaya memanjat pokok yang begitu gagah tegak berdiri kini sedang menanti tumbangnya pokok itu.
Siapa yang menebang pokok ini? Tidak lain daripada orang Melayu sendiri yang sanggup memperjudikan masa depan dan maruah agama dan bangsanya semata-mata untuk menjadi pemimpin negara, semata-mata untuk membalas dendam ke atas seterunya.
Tindakan Majlis Peguam baru-baru ini saya kira satu strategi taktikal yang sudah dirancang begitu lama dan merupakan salah satu atur cara yang disusun rapi untuk menghimpit pemimpin-pemimpin Melayu.
Kerajaan mungkin tidak akan mengenakan Akta Hasutan ke atas ‘pendekar-pendekar’ Majlis Peguam kerana semuanya sudah terlambat.
Read more…
Pergolakan politik di negara negara Islam perlu dilihat dalam perspektif Islam. Umat Islam perlu meninjau kembali sejarah Islam dan mengambil iktibar dalam hal ehwal kepimpinan dan pentadbiran negara.
Sistem kepimpinan dan pentadbiran negara perlu diasaskan kepada keimanan, ketaqwaan dan kecintaan kepada Illahi dan agama ke tahap yang paling tinggi. Jika prinsip prinsip ini dijadikan sebagai amalan oleh setiap para pemerintah, pemimpin dan pentadbir maka keunggulan agama Islam dan kewibawaan umat Islam sentiasa berada dalam keadaan yang kukuh dan disegani.
Kesedaran terhadap amanah Allah dalam menerajui kepimpinan negara jika dijadikan sebagai asas atau prinsip hidup maka tidak akan berlaku peristiwa perebutan kuasa dan perasaan ingin mengekalkan kekuasaan sehingga rakyat merasai bosan dan gelisah.
Read more…
Periode ini ialah periode isu. Dalam Kamus Dewan, makna periode ialah jangka masa. Tentulah tidak tepat jika jangka masa setahun dua ini kita anggap periode isu, kerana itu membawa kesan bahasa masa lain ketiadaan isu. Sebenarnya judul diatas saya berikan kerana impresi tertentu yang saya peroleh. Secara relatifnya, saya dapati, banyak sekali isu masa kini.
Pemberhentian Prefessor Datuk Dr Mohd Razali Agus daripada memegang jawatan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) mengejutkan para sarjana yang mengenali beliau. Beberapa orang sarjana bertanya kepada saya soalan itu, kerana ketika itu saya memikirkan bahawa jawapan yang setepat tepatnya amat tersorok.
Bertempat di ASWARA minggu lalu, saya telah berbicara tentang konsep makna tersurat, makna tersirat dan makna tersorok dalam kesusasteraan.
Read more…
Dalam hubungan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT, seperkara yg perlu kita ingat ialah sebagai insan atau makhluk terbaik yang diciptakan oleh Allah SWT, kita memikul 2 amanah yang penting.
Pertama, amanah sebagai hamba Allah yang dituntut supaya kita mengabdikan diri kepada-Nya
Kedua, amanah sebagai khalifah dimuka bumi yang diberi peranan untuk membangunkan insan dan alam berpandukan kepada syariat Allah SWT dengan harapan akan wujud keamanan dan kesejahteraan untuk dinikmati bersama.
Read more…
ORANG Melayu sekali lagi diuji. Seperti biasa bahasa Melayu menjadi titik tolaknya sekali pun bahasa Melayu sewajarnya tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak khususnya oleh kalangan bukan Melayu.
Ini kerana bahasa Melayu telah diletakkan di tempat yang selamat dalam Perlembagaan dan bertaraf bahasa kebangsaan di negara ini. Apabila sesuatu bahasa itu diangkat menjadi bahasa kebangsaan, bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan tetapi bukanlah dalam situasi yang rasmi. Tetapi di negara ini, ada pihak yang tanpa rasa bersalah mahu melanggar kedudukan bahasa Melayu dan cuba “memartabatkan” bahasa lain.
Read more…
inilah komennya...