Archive

Archive for the ‘perhimpunan’ Category

Ibn Qayyim Al Jawziyyah : Menghuraikan falsafah ekonomi Islam.

September 6, 2008 1 comment

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 – 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam. Ibn Qayyim banyak membincangkan konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadi dan riba al-nasiiah, dan mekanisme pasaran.

Ibn Qayyim atau nama asalnya Shams al-Din Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa’ad, lahir pada 7 Safar 691H bersamaan 9 Januari 1292M di Damsyik. Beliau meninggal dunia pada tahun 751H/1350M ditempat yang sama. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya merupakan guru pertama yang mengajar Ibn Qayyim tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al-fara’id.

Sebenarnya, beliau telah menuntut pelbagai bidang pengajian dengan beberapa orang ulama terkenal pada waktu remajanya. Antara guru beliau ialah Qadi Sulayman bin Hamzah (711H/1311M), Shaykh Abu Bakr (718H/1318M), al-Majd al-Tunisi (718 H), Abu al-Fath al-Ba’li (709H), al-Saffi al-Hindi (715H), al-Taqi al-Sulayman, Abu Bakr bin ‘Abd al-Da’im (718H), Abu Basr bin al-Shirazi (723H), ‘Isa al-Mut’im (719H), Isma’il Maktum (716H), dan Ibn Taymiyyah (661 – 728/1263 – 1328).

Read more…

Nasib Simiskin oleh Sri Asun… [akhir]

August 8, 2008 1 comment

Salam sejahtera.

Ikuti sambungan seterusnya kisah Nasib Simiskin… untuk episode yang terakhir. Semoga anda terhibur dari setiap perwayangkulitan tersebut.

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 10

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 11

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 12

Sekian, terima kasih. [ :: t o y u :: ]

Nasib Simiskin oleh Sri Asun… [sambungan 2]

August 8, 2008 Leave a comment

Salam sejahtera.

Ikuti sambungan seterusnya kisah Nasib Simiskin…

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 7

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 8

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 9

Untuk siri siri yang seterusnya… tunggu kemunculannya nanti di [ :: t o y u :: ]

Nasib Simiskin oleh Sri Asun… [sambungan]

August 6, 2008 Leave a comment

Salam sejahtera.

Bagaimana dengan kisah nasib simiskin pada siri siri yang sebelum ni? Sudahkah anda ikutinya? Jikalau belum, sila berbuat demikian pada kemasukannya sebelum ini.

Dan disini, saya nak sambung lagi siri siri yang selanjutnya untuk pertonton anda sekelian…. Sediakanlah apa apa yang patut seperti vadey ka, maruku ka, twisti ka, snikers ka, lepat pisang ka dan berbagai bagai lagi la untuk dipepak… Ok… layannnnn…

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 4

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 5

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 6

Untuk siri siri yang seterusnya… tunggu kemunculannya nanti di [ :: t o y u :: ]

Nasib Simiskin…

August 5, 2008 1 comment

Salam sejahtera untuk ANDA semua.

Disini saya nak berkongsi dengan ANDA satu cerita Nasib Simiskin yang telah diwayangkulitkan oleh Sri Asun. Agak menarik gaya perwayangkulitan oleh Pak Majid selaku Tok Dalang Sri Asun serta ahli kumpulan ahli kumpulan yang turut sama membantu. Ditambah dengan watak Etong, Nui dan lain lain dengan segala macam karenah gayageraklaku dan percakapan serta isu isu yang dilontarkan kepada penonton.

Justeru, marilah kita lihat… SRI ASUN : NASIB SIMISKIN…

SRI ASUN : NASIB SIMISKIN – Siri 1

SRI ASUN : NASIB SIMISKIN – Siri 2

SRI ASUN : NASIB SIMISKIN – Siri 3

siri siri yang selanjutnya akan disambung…. tungguuuuu ;) )

Membetulkan kecelaruan politik di negara Islam

August 5, 2008 Leave a comment

Pergolakan politik di negara negara Islam perlu dilihat dalam perspektif Islam. Umat Islam perlu meninjau kembali sejarah Islam dan mengambil iktibar dalam hal ehwal kepimpinan dan pentadbiran negara.

Sistem kepimpinan dan pentadbiran negara perlu diasaskan kepada keimanan, ketaqwaan dan kecintaan kepada Illahi dan agama ke tahap yang paling tinggi. Jika prinsip prinsip ini dijadikan sebagai amalan oleh setiap para pemerintah, pemimpin dan pentadbir maka keunggulan agama Islam dan kewibawaan umat Islam sentiasa berada dalam keadaan yang kukuh dan disegani.

Kesedaran terhadap amanah Allah dalam menerajui kepimpinan negara jika dijadikan sebagai asas atau prinsip hidup maka tidak akan berlaku peristiwa perebutan kuasa dan perasaan ingin mengekalkan kekuasaan sehingga rakyat merasai bosan dan gelisah.

Read more…

ceramah ‘jin’ di al-ikhwan

July 28, 2008 Leave a comment

salam sejahtera

Untuk makluman saudara dan saudari sekelian, pihak surau al-ikhwan akan mengadakan majlis ceramah/kuliah Israq Mikraj yang akan disampaikan oleh Ybhg Ustaz Hadi Talha – Pengerusi Darul Salam dan Pendakwah seperti dipaparan dibawah.

Semoga anda semua ada kelapangan untuk turut serta. InsyaAllah…

Categories: pedoman, perhimpunan

Ujian Dementia

July 17, 2008 Leave a comment

Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda…..

Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?
Soalan Kedua:

J ika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…? (lihat bawah)

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?
Soalan Ketiga:

Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah…

Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 …. Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 … Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 … Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk …jawapan.. ..

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebenar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul . Cuba.

Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.

Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus.

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. …?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.

Categories: perhimpunan
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.