Dalam demokrasi, suara rakyat ialah suara keramat. Bukan saya kata, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kata. Hari ini, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Tun Abdullah Ahmad Badawi kata, kerajaan perlu dengar suara rakyat dalam isu judi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata, kerajaan sedia mendengar suara rakyat.
Saya tak setuju. Tak perlu dengar suara rakyat dalam isu pemberian lesen judi.
Dalam apa keadaan sekali pun, suara rakyat tidak boleh disamakan apatah lagi mengatasi keputusan Allah s.w.t. Ini soal prinsip. Apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t., maka ia haram. Tak perlulah nak dengar suara rakyat untuk menentukan halal atau haram dalam perkara-perkara yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
Read more…
Ni aku dapat emel dari sorang rakan bagi menda nih. kalau nak diikutkan tu betui jugak tu… bahaya oooo… tambah tambah lagi anak anak kita yang menggunakan selipar getah yang seperti di tunjukkan tu…. huh…
Makanya, berhati hati lah selalu. Elakkan trajedi. Tambah tambah plak nanti nak sambut raya nih… Elakkan malapetaka dari anak anak kita dan ahli keluarga kita dan juga diri kita sendiri…

Read more…
ISLAM, dengan penuh hikmah dan berhemah mengatur bagaimana seharusnya hubungan antara rakyat dengan penguasa atau pemerintah dapat berlangsung dalam suasana yang harmoni.
Islam memuliakan penguasa memandangkan beban tanggungjawab dan tugas yang dipikulnya. Justeru itu, tidak boleh bagi sesiapa pun meremehkan penguasa atau sewenang-wenang pula menghina serta mencelanya.
Bagaimanapun, amat menyedihkan kita kerana ajaran yang mulia ini sudah mula dilupakan oleh sebahagian umat Islam. Sesungguhnya dalam hal ini Rasulullah s.a.w. amat keras melarang sikap suka merendah-rendahkan penguasa. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Para penguasa adalah naungan Allah di muka bumi. Barangsiapa yang memuliakan penguasa, Allah akan memuliakannya. Barangsiapa yang menghina penguasa, Allah akan menghina akan dia. (Hadis Riwayat Baihaqi).
Iman Ibnu Abi Ashim dalam kitabnya As- Sunnah, daripada Muawiyah bin Abi Sufyan, dia berkata: Ketika Abu Zar keluar menuju Robadzah, dia bertemu dengan sekelompok penduduk dari Iraq. Mereka berkata: “Wahai Abu Zar, kami sudah tahu apa yang dilakukan penguasa terhadapmu. Duduklah dan tancapkanlah bendera pemberontakan, maka orang-orang akan datang kepadamu.” Abu Zar menjawab: “Tenang… tenang, wahai saudara seislam. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Akan ada sepeninggalanku iaitu para penguasa. Hormatilah mereka. Barangsiapa yang mencari kejahatannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan dinding Islam. Tidak akan diterima taubatnya hingga dia mengembalikan dinding yang dirosakkan itu sebagaimana sediakala.
Read more…
Renung-renungkan….mengelak lebih baik dari mengubati….
Kisah Mentega dan Marjerin yang perlu kita ambil tahu….. Espeacialy time nak raya nie…demi keluarga tersayang, better kita guna Mentega utk mengantikan marjerin ketika menyediakan juadah berbuka puasa dan kueh raya….
Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA …perbezaan antara marjerin dan mentega?
Read more…
Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..…
Read more…
RAMLAH pergi bercuti ke rumah bapa saudaranya di Alor Star untuk beberapa hari. Kebetulan pula bapa saudaranya mengadakan majlis perkahwinan anaknya yang sulung. Ramlah turut serta membantu majlis terbabit yang dijalankan secara gotong-royong.
Tetamu berkurangan selepas hari beransur petang dan Ramlah diajak adik pengantin, Salmah untuk menjamu selera kali kedua kerana makanan masih banyak.
Salmah: Ram, kita dah penat ni, mailah kita makan lagi. Lauk banyak ni.
Ramlah: Banyaknya makanan, tadi dah makan, ni nak makan lagi, seganlah. Badan dah bertambah bulat sejak sampai sini. Apa kata orang nanti.
Salmah: Awat la hang ni, makan pun segan. Bukan suruh buat kerja.
Beberapa minit kemudian.
Read more…
Semasa memandu, pernahkah anda mengalami kereta melantun terlalu kuat apabila termasuk ke dalam lubang atau bonggol jalan? Kereta akan terasa melantun-lantun lebih daripada sekali sebelum kembali ke posisi yang asal.
Ada ketikanya kereta terasa membuai-buai dan sukar dikawal pada kelajuan tinggi di lebuh raya. Pemandu akan sering membetulkan posisi stereng ketika sedang mengambil selekoh.
Situasi ini ada kaitan dengan penyerap hentakan atau ‘shock absorber’. Apa yang pasti ia adalah salah satu kompenan terpenting kenderaan yang membabitkan keselamatan dan keselesaan pemandu dan penumpang.
Penyerap hentakan yang rosak boleh menyebabkan kerosakan lain pada kenderaan dan di dalam kes yang lebih serius, mampu menyebabkan kemalangan. Pada kelajuan tinggi, kereta akan terasa bergerak tidak lurus dan anda terpaksa membetulkan kedudukan stereng terlalu kerap (OVER-CORRECT).
Read more…
Mitos : Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
Fakta : Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalsium – 9%; Riboflavin – 9%; Protein – 6%; Zat Besi – 3%; Vitamin A – 2.4%; Thiamine – 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.
Mitos : Coklat adalah sumber utama ‘dietary sugar’ untuk kanak-kanak.
Fakta : Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.
Mitos : Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
Fakta : Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium – 9%; Riboflavin – 9%; Protein – 6%; Zat Besi – 3%; Vitamin A – 2.4%; Thiamine – 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.
Read more…
Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah warga kota, sering berkunjung ke masjid atau surau berhampiran dengan rumah mereka, untuk mengikuti kelas-kelas pengajian agama atau lebih dikenali dengan istilah kelas-kelas ‘Fardu ‘Ain’ yang melibatkan pengajian seperti ilmu fiqh, akidah, tafsir, hadis dan sirah Nabi.
Penganjuran kelas-kelas berkenaan di kota lebih mendapat tempat dan bercambah berbanding dengan masjid atau surau di kampung-kampung. Begitu juga dengan bilangan para ustaz yang bukan sahaja di kalangan warga emas seperti pada era enam puluhan dan tujuh puluhan, malah mereka yang ?fresh? sebagai graduan agama, sama ada dari universiti-universiti tempatan mahu pun luar negara.
Mereka juga boleh dianggap menyerlah dalam bidang dan pengkhususan masing-masing, tambahan pula pengetahuan mendalam mengenai program ICT yang kebanyakannya mahir tentangnya.
Read more…
Assalaamualaikum.
Eermmm nih ada nak kongsi cerita sikit….. terima kasih saya ucapkan buat penulis atau yang empunya cerita nih kerana diatas bahan tulisan anda… muga ada manafaat buat kita semua….Ingin dikisahkan mengenai seorang guru yang telah lama bersara dan hidup mewah di Kuala Lumpur. Semasa lepas keluar maktab tahun 60-an, Cikgu Normah dihantar mengajar ke sebuah kampung di pedalaman di utara tanah air.
Perasaan Cikgu Normah sangat tertekan kerana dia dilahirkan serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Dia tidak pernah terfikir akan dihantar ke kawasan pedalaman yang sangat daif dimana murid-muridnya berkaki ayam, comot dan penuh lumpur.
Read more…
Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 – 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam. Ibn Qayyim banyak membincangkan konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadi dan riba al-nasiiah, dan mekanisme pasaran.
Ibn Qayyim atau nama asalnya Shams al-Din Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa’ad, lahir pada 7 Safar 691H bersamaan 9 Januari 1292M di Damsyik. Beliau meninggal dunia pada tahun 751H/1350M ditempat yang sama. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya merupakan guru pertama yang mengajar Ibn Qayyim tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al-fara’id.
Sebenarnya, beliau telah menuntut pelbagai bidang pengajian dengan beberapa orang ulama terkenal pada waktu remajanya. Antara guru beliau ialah Qadi Sulayman bin Hamzah (711H/1311M), Shaykh Abu Bakr (718H/1318M), al-Majd al-Tunisi (718 H), Abu al-Fath al-Ba’li (709H), al-Saffi al-Hindi (715H), al-Taqi al-Sulayman, Abu Bakr bin ‘Abd al-Da’im (718H), Abu Basr bin al-Shirazi (723H), ‘Isa al-Mut’im (719H), Isma’il Maktum (716H), dan Ibn Taymiyyah (661 – 728/1263 – 1328).
Read more…
Salam. Bersua lagi kita dihari ke 4 kita berpuasa pada bulan Ramadhan tahun 1429 ini. Semoga segala apa yang kita lakukan mendapat rahmat dari Allah.
Disini, saya nak berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat dari satu majalah ‘Buletin Pengguna’ September 2007 sebagai panduan kita bersama. Antaranya ialah :
Membeli belah mengikut gerak hati adalah merujuk kepada pengguna yang membuat keputusan dalam sesuatu pembelian tanpa merancang terlebih dahulu. Oleh sebab itu, pengguna seperti ini akan berbelanja secara sesuka hati dan seringkali juga menjadi mangsa muslihat perniagaan kerana mereka ini mudah terpengaruh dengan promosi.
Pembeli belah gerak hati biasanya membeli sesuatu barang tanpa menelitinya dengan baik. Mereka tidak meneliti tentang kontrak dan meyimpan dokumen urusan pembelian dengan baik.
Read more…
Kepada sahabatku… terimalah perkataan SABAR di dalam hati di dalam mehnah yang selalu menghambat perjalanan.
Dugaan terkadang datang bukan dari diri kita, ia juga datang pada sekeliling. Kita mengharapkan sesuatu untuk digapai. Kita sudah ada perancangan, kita sudah ada landasan, kita sudah ada asa, kita sudah buat segala-galanya. Maha Suci ALlah – Dia sahaja yang menentukan hasilannya.
Ya…di dalam setiap inci kehidupan yang ada, terkadang mata terlepas pandang kerana tidak semua kita mampu menanggungnya.
Di dalam berukhuwwah sesama keluarga, bersabarlah dengan tingkah laku mereka. Entah, mungkin tidak sabar lalu lidah kita terlacur kata. Perbuatan kita mengundang terasa hati. Selagi boleh bersabar, cubalah buang ammarah itu di jalan yang positif.
Read more…
KUALA LUMPUR – Span berisi paku dan besi tajam yang diubahsuai kini menjadi ‘perangkap’ sindiket perancang kemalangan dengan niat meraih keuntungan atau ‘longkai’ selain menuang minyak bagi memerangkap mangsa di jalan raya.
Taktik berkenaan antara dikesan melalui kajian yang dijalankan selama sembilan tahun oleh sekumpulan penyelidik dan aktivis keselamatan bebas di negara ini.
Jurucakapnya, K. Balasupramaniam berkata, ‘longkai’ berkenaan biasanya meletakkan ‘perangkap’ di kawasan yang jauh daripada pengawasan pihak berkuasa.
“Jika dilihat dengan mata kasar ia tidak berbahaya kerana kita hanya nampak span, tetapi kalau dilanggar, tayar boleh pancit dan berlaku kemalangan,” kata beliau yang juga Pengerusi Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia kepada KOSMO! semalam.
Jelas Balasupramaniam, pengubahsuaian dilakukan bertujuan untuk mendapatkan impak yang besar selepas kemalangan berlaku dan akhirnya memerlukan bantuan daripada ‘longkai’ untuk dibawa ke bengkel yang didakwa bersubahat dengan mereka.
Read more…
Assalaamualaikum.
Ramadhan bakal menjengah kita semua dalam waktu yang terdekat ni. Saya kira kita semua sudah bersedia senantiasa dengan kehadiran Ramadhan. Persediaan mental, fizikal dan apa apa yang bersangkutan dengannya. Saya berharap semoga Ramadhan kali ini akan menjadi lebih bermakna daripada Ramadhan yang terdahulu…. Dan disini saya nak berkongsikan dengan anda semua sedikit maklumat mengenai puasa. Terima kasih buat Ustaz Zaharuddin dengan artikel yang sedemikian. Akhir kata dari saya : SELAMAT MENJALANI IBDAH PUASA DENGAN SEMPURNA. INSYAALLAH…
Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.
Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.
Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu’) dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh – Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)
Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-
1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.
Read more…
Renung2 kan dan Selamat Beramal…
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Read more…
Salam.
Semoga kita semua dapat memperbaiki akan kesilapan kesilapan dan juga moga kita dapat mengelakkan dari melakukan kesilapan di masa akan datang. Dan diharapkan agar setiap amalan kita diterimaNYA.


“Selama 51 tahun yang lalu, penduduk berusaha untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan, malangnya hari demi hari, jiwa dan pemikiran kebanyakan daripada rakyat Malaysia masih dijajah. Ini termasuklah kebanyakan anak-anak muda yang lahir selepas tarikh bersejarah tersebut.
“Ramai dalam kalangan kita terikut-ikut dengan budaya hidup bekas penjajah. Dan ramai yang tidak sedar bahawa penjajah sentiasa berusaha untuk menakluk jiwa masyarakat kita.
“Buktinya, ramai masyarakat hari ini yang hidup tidak berlandaskan ajaran Islam dan lebih memuja budaya barat, banyak terlibat dalam aktiviti yang merosakkan diri, bangsa, agama dan boleh memundurkan negara,”
Selain itu, jelasnya, terdapat faktor lain yang mempengaruhi atau mendekatkan anak-anak remaja yang belum lagi mencapai kemerdekaan sejati.
Read more…
Salam sejahtera buat anda semua. Semuga segala urusan dan hajat anda semua beroleh kejayaan, dan juga diberkatiNYA. InsyaAllah. Bersama ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat dengan anda semua mengenai mendapatkan bantuan Allah bagi menyelesaikan permasalaahan kita disamping mendapat ganjaran dan manafaat dari amalan tersebut. Moga ada manafaatnya untuk kita semua. Antaranya seperti berikut :
Ada banyak persoalan yang melingkari kehidupan kita, baik masaalah peribadi, keluarga, kerja atau lebih besar daripada itu. Seiring dengan masaalah yang dihadapi, banyak pula cara boleh kita lakukan untuk meyelesaikannya. Kita boleh mengatasinya menerusi kecerdasan akal, kemampuan fizikal, harta kekayaan, perhubungan atau apa sahaja. Namun bagi saya sendiri, tidak ada yang paling ampuh selain meminta pertolongan Allah SWT sambil berusaha.
Mengapa pertolongan Allah? tidak ada satu masaalah pun terjadi kecuali atas izin Allah. Semuanya ada dalam genggaman Allah. Dalam keadaan demikian, alangkah mudahnya jika Allah membuka jalan kemudahan bagi sesiapa yang ditimpa masaalah. Disebabkan itu, masaalah terbesar dalam hidup adalah ketika kita tidak mendapat pertolongan Allah.
Read more…
Emas putih adalah aloi emas dan lain lain logam yang mengandungi perak, nikel, platinum dan palladium. Seperti emas kuning, emas putih boleh jadi 18 karat, 14 karat, 8 karat atau mana mana karat yang sesuai. Emas putih 18 karat adalah campuran 75 peratus emas dan 25 peratus lain lain logam seperti perak dan palladium. Warna emas ini adalah putih.
Ciri ciri :
Ciri ciri emas putih biasanya berbeza mengikut jenis logam dan jumlah kandungan yang digunakan. Sebagai contoh, aloi yang menggunakan nikel biasanya keras dan sangat kuat, jadi ia boleh digunakan sebagai cincin atau pin. Emas putih yang mengandungi palladium lebih lembut dan fleksibel dan boleh dibuat untuk memegang batu permata.
Emas putih yang dikatakan putih itu sebenarnya berwarna kelabu seperti keluli. Ia perlu dirawat menggunakan logam rodium untuk membuat warnanya menjadi lebih putih.
Read more…
SABAN hari umat Islam di seluruh pelosok dunia memanjatkan doa kepada Allah SWT dengan harapan segala permohonan diperkenankan- Nya. Namun tidak semua doa daripada seseorang insan itu termakbul. Lantaran itu, sesetengah pihak tertanya-tanya kenapa doanya itu tidak berhasil sedangkan Allah telah berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir: 60)
Disebabkan perasaan kecewa kerana tanggapan bahawa permohonannya itu seakan-akan tidak dimakbulkan, maka timbul perasaan putus asa. Sehingga ada yang meninggalkan amalan berdoa yang sebenarnya merupakan salah satu ibadah yang dimuliakan Allah. Nabi SAW bersabda: Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa�. (riwayat Tirmidzi)
Hakikatnya, Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil dan Dia sentiasa mengotakan janji-janji- Nya. Namun hamba-hamba- Nya adakalanya gagal untuk memahami hikmah di sebalik segala keputusan Allah. Kita merasakan apa yang dipinta daripada-Nya itu merupakan yang terbaik untuk diri kita sedangkan Allah lebih mengetahui segala-galanya dan setiap keputusan-Nya itu memiliki hikmah yang adakalanya tidak disedari oleh seseorang insan.
Read more…
Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.
Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat. Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.
Mahfumnya :
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.
Read more…
MUNGKIN ada antara kita tidak pernah mendengar pepatah “jika pohon kelapa tumbang, kura-kura pun teringin memanjatnya.” Itulah yang terjadi kepada orang Melayu/Islam di Malaysia.
Pohon kelapa itu saya ibaratkan masyarakat Melayu dan ia baru condong, tetapi pelbagai haiwan yang sebelum ini tidak berupaya memanjat pokok yang begitu gagah tegak berdiri kini sedang menanti tumbangnya pokok itu.
Siapa yang menebang pokok ini? Tidak lain daripada orang Melayu sendiri yang sanggup memperjudikan masa depan dan maruah agama dan bangsanya semata-mata untuk menjadi pemimpin negara, semata-mata untuk membalas dendam ke atas seterunya.
Tindakan Majlis Peguam baru-baru ini saya kira satu strategi taktikal yang sudah dirancang begitu lama dan merupakan salah satu atur cara yang disusun rapi untuk menghimpit pemimpin-pemimpin Melayu.
Kerajaan mungkin tidak akan mengenakan Akta Hasutan ke atas ‘pendekar-pendekar’ Majlis Peguam kerana semuanya sudah terlambat.
Read more…
Salam sejahtera.
Saya berkira, anda semua tentu sedia maklum akan kepentingan Surah Fatihah ini dalam kita menunaikan setiap solat kita. Mengenai cara pembacaannya, tajwidnya dan lain lain lagi yang perlu dititikberatkan.
Dan juga saya rasa anda juga telah sedia maklum juga tentang tulisan yang mengatakan bahawa perlu berhati hati membaca Surah Fatihah ini dimana jikalau salah pembacaannya akan mengakibatkan kita menyebut nama nama syaitan yang banyak disebarkan.
Disini , saya hendak berkongsi dengan anda semua akan jawapan yang diberikan oleh DR. AMRAN KASIMIN (Penulis buku2 agama & penceramah) apabila ditanya oleh seorang hamba Allah tentang topik yang sama.
Sebut iblis dalam solat
Menyebut tentang syaitan, perlu rasanya dirujuk tulisan Raji al-Asmar dalam bukunya: Asy-Syayatin: Haqiqatuha, yang menyebut bahawa perkataan “iblis” disebut dalam al-Quran sebanyak 11 kali, manakala kalimah ‘syaitan’ itu disebut sebanyak 88 kali. Dalam buku ini diperturunkan ayat-ayat berkaitan yang menyebut nama-nama tersebut.
Keterangan ini membuktikan, mempercayai tentang kewujudan syaitan juga iblis itu adalah suatu yang termaktub dalam kalamullah. Ia bukan dongeng atau rekaan.
Read more…
Salam.
Pada 3hb Ogos pihak Surau Al-Ikhwan telah menjemput Ustaz Hadi Talha untuk memberikan ceramah beliau mengenai JIN. Alhamdulillah, Ustaz telah bersetuju dengan jemputan tersebut.
Dan disini saya sertakan rakaman ceramah tersebut ( klik SINI untuk dapatkan audio ceramah ) untuk kita sama sama ambil pengetahuan dari kandungan ceramah tersebut. Juga disertakan catitan ceramah tersebut untuk rujukan anda semua. Sebelum itu saya pohon maaf kerana rakaman audio ceramah tersebut agak kurang memuaskan kualitinya juga pada catatan nota yang mungkin tidak berapa sempurna dan mungkin ada yang tak berapa tepat. Sehubungan dengan itu, perlulah dirujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Ustaz dalam audio ceramah Ustaz.
Nota ringkas ceramah :
- Hakikat Jin dan asal usulnya : Jin dalam bahasa Arab punyai 2 huruf iaitu Huruf Jim (ﺝ) dan Nun (ﻥ ) yang mempunyai sesuatu yang tersembunyi. Antara contoh lain yang bersangkutan dengan huruf tersebut ialah seperti Janin – yang kita tak nampak ianya , Jannah – iaitu surga dimana kita pun tak nampaknya.
- Jin adalah roh yang berakal, yang berkehendak serta bernafsu, mahkluk yang abdikan diri kepada Allah, tidak mempunyai jasad, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiatnya, boleh membentuk dirinya seperti apa yang dikehendakinya.
Read more…
inilah komennya...