pada pagi ini aku melengung
pada tepi tingkap kaca dari aras tinggi di daerah selatan
diletakan secawan kopi panas dimeja
dan mata pun termemerhatikan kejauhan bawah
gelagat insan insan berkejaran berpusu pusu ke destinasi masing masing dengan berbagai matlamatnya
nafas pun terhela dengan segala apa bebanan pada diri
lantas mencapai sebiji baulu
dicicahkan pada kopi panas
terkenangkan pada memori yang berlalu
terkenangkan pada aktiviti yang akan pikul
aku inginkan kesegaran
aku inginkan kerehatan
aku inginkan kedamaian
arghhh… enaknya kopi panas tatkala diteguk
nyaman sekali dipagi hari
entah bagaimana agaknya nanti dilain ketika
dapatkah kopi panas ini hilangkan kerinduan ini
rindukan pada perjalanan ke suatu daerah yang indah
yang telah dilewati
yang telah dinikmati keindahan
adakah dapat kesana lagi
untuk mendamaikan jiwa dan hati
mungkin juga suatu hari nanti
aku akan menikmati kopi panas disana….
ketika keterberadaan di alam damai
pencarian damai kasih 12
diri penat makin berasak
labuhkan melengung
maka terimbau la digelanggang fikir
mencari makna manifestasi harapan
ku letakkan dua genggam harapan
genggam kanan ku dan gengam kiriku
didaerahan bermukim utara
didasari hasrat dan pertanggungjawabpan
moga bersinar dan manafaat
atas pada segala
ku mencakar dari mimpi ke mimpi
ku terbakar dari segala impian
wahai paku rawan tahu kah kau
dimananya ular sawa
tanyaku pada diri
adakah ini semua
senandung yang tiada iringan paluan
juga tiada suara laungan
ke arah langit biru terang
wahai halia bara tahukah kau
dimananya ular sawa
termelengung kejerihan lengoh
menunggu mentari merah diufuk timur
tetapi kedengaran pula deruan
operator… the line is dead
satu perkataan yg mashur
khalayak umum banyak yang raikannya
suasana meriah
suasana indah
entah apa yang tersirat
entah apa yang akan berselirat
dengan segala perlakuan
dengan segala agenda
untuk diri aku ini
yang tak merdeka
ya… belum merdeka
memang belum merdeka lagi
jiwa kacau sanubari goyang
hasrat belum kesampaian
kekalutan mengasak diri
demi untuk memerdekakan diri
demi untuk membebaskan diri
demi untuk melapangkan jiwa
aku ingin bersegera aman fikiran
dari segala persoalan hidup serta tujuan
aku ingin ceria suasana
pada liku jalanan hidup
untuk sebuah erti merdeka
merdeka jiwa pikiran dan diri tanpa dibelenggu arahan
merdeka jiwa pikiran dan diri tanpa dikelilingi kerahan
merdeka jiwa pikiran dan diri tanpa dirantaikan paksaan
merdeka kederat tenaga tanpa kerahan dan tugasan
merdeka harta wang ringgit dari bebanan
untuk tanggungan
merdeka amal dan amalan dari jebakkan
yang melalaikan dan meyesatkan
untuk merdeka pada keinginan ku sendiri
untuk tujuan hidupku
untuk tujuan tanggungjawabku
bersama insan disayangi dan menyayangi
sememangnya pada aku
amat sukar untuk merdeka
walaupun pada hari merdeka
kian tenat aku memerdekakan diri
yang sememangnya
amat perit
amat sengsara juga nestapa
hanya satu yg aku tahu
diri ini belum lagi merdeka
dan tak mungkin merdeka
masih lagi seorang hamba
pada Pencipta Yang Maha Kuasa.
Bagaimana dengan kisah nasib simiskin pada siri siri yang sebelum ni? Sudahkah anda ikutinya? Jikalau belum, sila berbuat demikian pada kemasukannya sebelum ini.
Dan disini, saya nak sambung lagi siri siri yang selanjutnya untuk pertonton anda sekelian…. Sediakanlah apa apa yang patut seperti vadey ka, maruku ka, twisti ka, snikers ka, lepat pisang ka dan berbagai bagai lagi la untuk dipepak… Ok… layannnnn…
Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 4
Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 5
Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 6
Untuk siri siri yang seterusnya… tunggu kemunculannya nanti di [ :: t o y u :: ]
Disini saya nak berkongsi dengan ANDA satu cerita Nasib Simiskin yang telah diwayangkulitkan oleh Sri Asun. Agak menarik gaya perwayangkulitan oleh Pak Majid selaku Tok Dalang Sri Asun serta ahli kumpulan ahli kumpulan yang turut sama membantu. Ditambah dengan watak Etong, Nui dan lain lain dengan segala macam karenah gayageraklaku dan percakapan serta isu isu yang dilontarkan kepada penonton.
Justeru, marilah kita lihat… SRI ASUN : NASIB SIMISKIN…
SRI ASUN : NASIB SIMISKIN – Siri 1
SRI ASUN : NASIB SIMISKIN – Siri 2
SRI ASUN : NASIB SIMISKIN – Siri 3
siri siri yang selanjutnya akan disambung…. tungguuuuu )
i
bila malam beranjak pulang
bulanpun seakan pudar sinaran
mentari bakal menggantikan sinaran
pasti subuh bakal menjengah datang…
bila malam beranjak pulang
seluruh alam sunyi sendirian
menantikan kesibukkan siang berulang
syukur pada Tuhan
kerana aku masih dihidupkan
dari lena malam yang panjang
dari mati yang pendek….
ii
dikala malam juga sendirian
menghitungkan akan segala perlakuan
dikala ketika kesiangan
dan kala malam ketemu jawaban
lantas segala persoalan yg sentiasa berlegar
demi untuk kehidupan
yang selesa
yang beretika
yang direstui
maka, bangunlah aku disubuh hari
mengadap Tuhan membersihkan diri…
iii kadang malam adalah dinantikan insan
dan kadang juga dihindari insan
sesungguhnya ianya gantian
kelam dan terang
buat sekelian insan…
inilah komennya...