Archive

Archive for the ‘kajiselidik’ Category

Aku terajang kang budak ni..Ptuihhh !!

January 22, 2010 1 comment

“Selamat pagi bang, boleh saya jumpa sebentar ? Err..err..!” tiba-tiba saja seorang anak muda muncul depan pintu rumah. Kurus tapi kemas ber’seragam’. Aku yang tengah sedap memblog betul-betul jadi bengg..! Terkejut giler..! Malaun mana pulak pagi-pagi buta cari aku. Siap tahu pulak dia nama aku. Ni geng ‘tarik kereta’ 3 kaler ker apa ? Yelaa..keter aku pun dah masuk 2 bulan tertunggak. Potong stim betul. Usaha gua nak posting 100 artikel hari ni dah terbantut.

“salam..yer saya, nama yang awak sebut tu pun nama saya, ni apa hajatnyer..?” gua ushar muka pemuda tu sambil betulkan gulungan kain pelikat cap gajah relax yang dah hampir nak memburai. Pagi minggu biasalah..kan ! ” er..errr…abang boleh luang sikit masa. Saya sedang buat kaji selidik ni…kaji selidik bekalan air ” sambung pemuda kurus tergagap-gagap bila lihat gua betul2 depan pintu macam nak baham orang. ” kaji selidik air ? Ape ke jadah tu ? Kamu dari univeristi mana pulak ni…buat-buat kajiselidik hari ahad..” gua tanya sambil jegil-jegil mata. “err..errr..bukan universiti bang, dari syarikat..”, belum habis budak tu cakap, gua terus sambung.., ” syarikat apa ? Syt. Lembaga Air Perak tu..? ” Gua dah mula menyoal macam level SB la pulak. makin gagap ler budak ni.

Read more…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.