Archive

Archive for the ‘cetus’ Category

how dare they…

June 19, 2010 Leave a comment

Boss: This is too much already, I can’t stand it any longer.

Machai: Yes boss, too much already, we have to do something.

Boss: Yes, how dare they attack that ship. Don’t they know that there are Malaysians on board?

Machai: Yes boss, too much already boss. Must teach them a lesson boss.

Boss: Call the General here, I want to talk to him.

Machai: Ok boss, I have called already boss, I know you would want to see him.

Boss: Waa! You terer ah?

Read more…

Categories: cetus

Mati Pikiran : Memaksimumkan Utiliti Perokok

November 1, 2009 1 comment

Jumaat 30hb October 2009 ini, genaplah 70 hari aku tak merokok. Setiap hari aku beli rokok Winston Light 14’s paling kurang. Kadang-kadang 20’s. Maka setelah menangguhkan perokokan ini, setiap hari aku campak dalam tabung sebanyak RM5.50 (harga Winston Light 14’s lama). Anda darablah untuk 70 hari nanti.

Sebenarnya aku tak galakkan sesiapa pun untuk tiru sikap aku ini. Sebabnya aku rasa bosan gila babun bila tak merokok. Kerja-kerja menulis aku jadi merosot. Rasa nak menebang pokok saja 24 jam. Semua kucing dan ayam jiran aku suap batu batu. Memanglah. Kalau kita perhatikan; pengkarya-pengkarya seni yang hebat-hebat, mesti tercokeng rokok di mulut dan jari. Baru macho langsung. Itulah gaya hidup sebenar. Janganlah jadi macam aku. Macho tetap macho, walaupun tanpa rokok.

Tapi nanti dulu. Yang sebenar-benarnya, bukanlah aku sudah tidak mahu jadi macho tanpa rokok lagi, tetapi hanya inilah sahaja cara aku mahu melawan kerajaan. Aku tak mahu bagi satu sen pun lagi duit kepada kerajaan kalau boleh. Aku mahu buat semua DIY. Aku harap perjuanganku ini akan ada pengikutnya. Namun aku tidak memaksa juga. Demikianlah. Kerana aku tahu. Dunia ini tidak lagi melahirkan ramai putera puteri revolusi. Apakah setelah Che Guevera keok di tali gantung, revolusi ikut terjerut mati sekali?

Read more…

Categories: cetus

Ini semua Tongkat Ali Punya Pasal!!!

August 1, 2009 Leave a comment

tongkat_ali_health
Pada suatu pagi, seorang isteri dengan lembut telah bertanya kepada suaminya, “Abang nak makan apa pagi, ni? Saya buatkan nasi lemak… nak? Atau abang nak nasi goreng ke atau roti canai ke? Atau saya buatkan roti telur nak?”

Suaminya pun berkata, “Tak payahlah. Abang tak ada selera langsung  nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal”.

Read more…

Categories: cetus Tags:

Tidak boleh ada diskriminasi

June 17, 2009 1 comment

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri : Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi ke adi lan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang.. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Read more…

Categories: cetus Tags: ,

hatiku terlalu kerdil

June 2, 2009 Leave a comment
Categories: cetus Tags: ,

Perbahasan menarik isu bajet di warung kopi

September 10, 2008 Leave a comment

Ramai yang gembira dengan ‘Belanjawan 2009 – kerajaan prihatin’ berjumlah RM207.9 billion naik 5.1 peratus berbanding belanjawan 2008 yang dibentang Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, 29 Ogos lalu.

Gembira juga rakyat marhain mendengarnya apabila bayaran bil eletrik RM20 kebawah dikecualikan pembayaranya. Katanya pengcualian bayaran itu akan memberi manfaat kepada golongan sasar iaitu rakyat miskin walaupun ada yang berpendapat kerajaan BN ‘fobia’ dengan angka RM20 itu.

Sebagaimana biasa media arus perdana memainkan peranan propagandanya untuk menghebahkan kebaikan bajet kerajaan prihatin itu maka ramailah tokoh-tokoh diemput (dibayar) untuk bercakap memujikan kerajaan BN itu.

Di peringkat rakyat biasa, tidak kurang yang turut membahaskan isu sama di parlimen mereka, iaitu kedai kopi dan warung-warung .

Read more…

Categories: cetus, ikhtiar, politik

Kisah seorang guru, pasu bunga dan anak muridnya…

September 8, 2008 Leave a comment
Assalaamualaikum.

Eermmm nih ada nak kongsi cerita sikit….. terima kasih saya ucapkan buat penulis atau yang empunya cerita nih kerana diatas bahan tulisan anda… muga ada manafaat buat kita semua….Ingin dikisahkan mengenai seorang guru yang telah lama bersara dan hidup mewah di Kuala Lumpur. Semasa lepas keluar maktab tahun 60-an, Cikgu Normah dihantar mengajar ke sebuah kampung di pedalaman di utara tanah air.

Perasaan Cikgu Normah sangat tertekan kerana dia dilahirkan serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Dia tidak pernah terfikir akan dihantar ke kawasan pedalaman yang sangat daif dimana murid-muridnya berkaki ayam, comot dan penuh lumpur.

Read more…

Categories: cetus, ikhtiar, pedoman, sejarah

bini suka la plak

August 27, 2008 Leave a comment

ermmm… susahkan kalu dah jadi cam ni..???

Categories: cetus

teka-teki imam ghazali

August 26, 2008 Leave a comment

Renung2 kan dan Selamat Beramal…

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Read more…

Categories: cetus, ikhtiar, pedoman

5 kunci untuk dapat bantuan ALLAH…

August 24, 2008 1 comment

Salam sejahtera buat anda semua. Semuga segala urusan dan hajat anda semua beroleh kejayaan, dan juga diberkatiNYA. InsyaAllah. Bersama ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat dengan anda semua mengenai mendapatkan bantuan Allah bagi menyelesaikan permasalaahan kita disamping mendapat ganjaran dan manafaat dari amalan tersebut. Moga ada manafaatnya untuk kita semua. Antaranya seperti berikut :

Ada banyak persoalan yang melingkari kehidupan kita, baik masaalah peribadi, keluarga, kerja atau lebih besar daripada itu. Seiring dengan masaalah yang dihadapi, banyak pula cara boleh kita lakukan untuk meyelesaikannya. Kita boleh mengatasinya menerusi kecerdasan akal, kemampuan fizikal, harta kekayaan, perhubungan atau apa sahaja. Namun bagi saya sendiri, tidak ada yang paling ampuh selain meminta pertolongan Allah SWT sambil berusaha.

Mengapa pertolongan Allah? tidak ada satu masaalah pun terjadi kecuali atas izin Allah. Semuanya ada dalam genggaman Allah. Dalam keadaan demikian, alangkah mudahnya jika Allah membuka jalan kemudahan bagi sesiapa yang ditimpa masaalah. Disebabkan itu, masaalah terbesar dalam hidup adalah ketika kita tidak mendapat pertolongan Allah.

Read more…

Categories: cetus, ikhtiar, pedoman

Nasib Simiskin oleh Sri Asun… [akhir]

August 8, 2008 1 comment

Salam sejahtera.

Ikuti sambungan seterusnya kisah Nasib Simiskin… untuk episode yang terakhir. Semoga anda terhibur dari setiap perwayangkulitan tersebut.

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 10

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 11

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 12

Sekian, terima kasih. [ :: t o y u :: ]

Nasib Simiskin oleh Sri Asun… [sambungan 2]

August 8, 2008 Leave a comment

Salam sejahtera.

Ikuti sambungan seterusnya kisah Nasib Simiskin…

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 7

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 8

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 9

Untuk siri siri yang seterusnya… tunggu kemunculannya nanti di [ :: t o y u :: ]

Nasib Simiskin oleh Sri Asun… [sambungan]

August 6, 2008 Leave a comment

Salam sejahtera.

Bagaimana dengan kisah nasib simiskin pada siri siri yang sebelum ni? Sudahkah anda ikutinya? Jikalau belum, sila berbuat demikian pada kemasukannya sebelum ini.

Dan disini, saya nak sambung lagi siri siri yang selanjutnya untuk pertonton anda sekelian…. Sediakanlah apa apa yang patut seperti vadey ka, maruku ka, twisti ka, snikers ka, lepat pisang ka dan berbagai bagai lagi la untuk dipepak… Ok… layannnnn…

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 4

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 5

Sri Asun – Nasib Simiskin : Siri 6

Untuk siri siri yang seterusnya… tunggu kemunculannya nanti di [ :: t o y u :: ]

Nasib Simiskin…

August 5, 2008 1 comment

Salam sejahtera untuk ANDA semua.

Disini saya nak berkongsi dengan ANDA satu cerita Nasib Simiskin yang telah diwayangkulitkan oleh Sri Asun. Agak menarik gaya perwayangkulitan oleh Pak Majid selaku Tok Dalang Sri Asun serta ahli kumpulan ahli kumpulan yang turut sama membantu. Ditambah dengan watak Etong, Nui dan lain lain dengan segala macam karenah gayageraklaku dan percakapan serta isu isu yang dilontarkan kepada penonton.

Justeru, marilah kita lihat… SRI ASUN : NASIB SIMISKIN…

SRI ASUN : NASIB SIMISKIN – Siri 1

SRI ASUN : NASIB SIMISKIN – Siri 2

SRI ASUN : NASIB SIMISKIN – Siri 3

siri siri yang selanjutnya akan disambung…. tungguuuuu ;) )

kebenaran…

August 5, 2008 1 comment

cukup indah… bait bait perkataan dan latar lakaran…

Categories: cetus, karya

lebai manan suka ‘dedah’…

July 30, 2008 Leave a comment


Apabila dijangkiti ‘kulat kulat’… susah jugak untuk berubat. Makanya sentiasa berusaha untuk menyahkannya dan juga khidmat nasihat dari siapa yang disekeliling amatlah diperlukan….

Categories: cetus

tanya pendapat rosli…

July 29, 2008 Leave a comment

rujukan perlu juga dibuat untuk mengelakan dari ‘penyakit kulat’ ni….

Categories: cetus

lebai manan jumpa dukun

July 28, 2008 Leave a comment

perawatan mest dilakukan untuk pada sesuatu penyakit; mencegah atau mengubati pada ‘kulat kulat’ yang telah membiak…

Categories: cetus

lebai manan kena jangkitan kulat

July 25, 2008 Leave a comment

huh… tudia.. habih dah dijangkiti ‘kulat’… huhuhuhuhu

Categories: cetus

akhirnya kulat itu dipotong sendiri…

July 25, 2008 Leave a comment

Dicubanya menyembuhkan jangkitan dan ‘kulat’ yang ada. Amat perit juga…

Categories: cetus

doktor… nak buat macamana dengan kulat ni…??

July 25, 2008 Leave a comment

Rosli buntu dengan ‘kulat’nya itu… berusaha mencegahkannya…

Categories: cetus

doktor… tolonglah rosli…

July 24, 2008 Leave a comment


ni siri kedua ‘jangkitan kulat… apakah yang telah terjadi sebenarnya ni…???ikuti siri yang berikutnya…  [toyu]

Categories: cetus

rosli kena jangkitan kulat…

July 24, 2008 Leave a comment


ni salah satu dari ‘jangkitan jangkitan’ kulat yang dok ada…

* ada lagi huraian dan persoalannya…

Categories: cetus

Yang Aneh-Aneh…

July 22, 2008 Leave a comment

ANEH! Begitu kata kawan saya Abdullah Komurcu yang sudah berada di Malaysia dalam setahun. Yang aneh-aneh terlalu banyak di Malaysia, tambahnya lagi. Beliau merujuk kepada banyak perkara yang sebetulnya membingungkan, itu kata beliau. Juga kata hati saya, tetapi kerana ia terlalu lazim di Malaysia maka ia tidak lagi jadi membingungkan meskipun ia adalah sebetulnya sesuatu yang amat mengelirukan. Jika kita kata ini sesuatu yang mengelirukan kita pula yang dituduh keliru. Maaf artikel ini lebih mengata pembaca beragama Islam. Ini bulan raya, lagi pun agama itu nasihat.

Contoh? Begini. Kawan saya itu merujuk berita seorang artis menunaikan umrah kemudian pulang masih menyanyi, masih mengenakan pakaian seksi dan macam-macam lagilah. Bila orang tanya dia balas semula dengan jawapan, ini antara saya dengan Allah. Eh-eh bukan di dalam Islam antara Allah dengan kita ada kaitan dengan lain-lain manusia juga?

Kemudian kata sahabat saya itu, lebih aneh dia melihat remaja atau gadis bertudung kemudian mengenakan t-shirt lengan pendek. Di mana konsep menutup auratnya? Atau di sekolah bertudung labuh kemudian pulang sekolah tidak sabar-sabar lagi menayangkan rambut merah blonde yang baru diwarnakan.

Atau, contoh lain, gadis bertudung kelihatan sopan, menegurnya di dalam tren dengan penuh manja dan menawarkan ‘saya boleh bawa pergi jalan-jalan di Genting’. Bila saya tiba dan sergah gadis itu kerana perangai buruknya, dia marah pula pada saya. “I just want to be friendly.”

Eh-eh ini Malaysiakah? Bukankah ini negara Islam? Atau bukankah Turki yang sepatutnya lebih teruk kerana mereka dilanda fahaman sekularisme lebih awal dari kita? Sahabat saya itu jadi lebih ‘terkejut kerbau’ melihat ada artis wanita bertudung sempurna kemudian menyanyi lagu seperti pop. ‘Ini aneh.’ Katanya. ‘Ini Islam cara Malaysia, kita berbangga kita terbuka.’ Tukas seorang teman saya, orang tempatan yang rasa bertanggungjawab mempertahankan ‘Malaysia’.

Dan apa pendirian saya? Kenapa mempertahankan dan melindungi perkara yang nyata salah?

Pengalaman saya di Turki yang paling besar ialah menyedari bahawa hak dan batil jelas dan ketara terpisah. Kalau sudah mungkar takkan bercampur dengan makruf. Tak mungkin bertemu. Tutup aurat cara separuh seperti yang diamalkan di Malaysia bukan kebiasaan di Turki dan bukan kebiasaan wanita dengan penuh ‘mesra’ menawarkan ‘mahu bersiar-siar bersama’. Tak terjadi wanita bertudung bujang keluar berjalan iseng-iseng dengan teman lelaki meskipun di dalam kumpulan. Tak ada lagu pop dengan lirik Islami. Atau tak mungkin artis pop seperti Guben Ergen atau Emre Altug menunaikan umrah kemudian hebohkan pada semua peminat dan media, baru pulang dari umrah dan hati sudah tenang asyik teringat kaabah tetapi tetap melalak sampai nampak anak tekak dan tetap tayang pusat.

Eleh biasalah. Kolot betul Faisal Tehrani ini sejak dua tiga bulan inikan. Ikut ajaran sesatlah agaknya si Faisal sekarang.

Eh-eh apa dah jadi dengan ‘budak-budak’ kita?

Eh-eh, macam tak sedarkah ini berlaku selama ini?

Jadi perlukah kita terkejut jika ada daging babi bercampur dengan daging ayam di stor simpanan daging sebelum di jual ke pusat membeli belah lalu ditag dengan tanda HALAL? Perlukah kita terperanjat di kedai 24 jam air soya di rak bawah, beer atau arak di rak atas? Sedangkan di kaunter bank kita di sebelah ialah kaunter muamalah di sebelah ialah kaunter kewangan cara sekular. Kitakan rayakan Krismas dan hari raya sama-sama. Apa salahnya. Baguslah orang Malaysia terbuka.

Pokoknya halal dan haram bersatu.

Di Malaysia kita buat begitu! Kita bangga, kita kata ini Islam cara kita. Eh-eh Islam cara kita yang betul ke atau Islam cara yang disimpulkan di dalam al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi yang betul? Mana satu yang betul? Eh-eh kita keliru ke? Takkan kita keliru? Ini telah diamalkan sekian lama. Dia orang Turki, dia yang tak tahu, dia yang lagi keliru.

Eh-eh anehnya kita di dalam dunia yang kita tidak tahu mana satu makruf mana satu mungkar dan noda. Kerana itulah saya pernah terperanjat besar bila seorang gadis bersolat dan berpuasa tapi duduk bersekedudukan dengan teman lelakinya berbangsa Iran. Bolehkah ini berlaku, eh-eh inikan Malaysia. Nak hairan apa!

Mashaallah seteruk itukah kita tidak nampak mana yang hak dan mana yang batil. Patutlah! Allah sudah tutup pintu hidayahkah untuk remaja kita? Atau Allah sudah gelapkan hati kita sebegitu busukkah hingga sudah tidak kenal lagi mana yang betul mana yang salah dan bila ia bercampur baur kita sangka itu lebih baik dan cool?

Bukankah di dalam sembahyang kita minta jalan lurus sahaja Ya Allah yang Kau tunjukkan pada kita. Jangan jalan lain. Jalan campur aduk pun tak mahu.

Di mana duduknya kita? Teman-teman selalu bertanya, kenapa saya begitu tergiur dengan Turki (negara orang) dan duduk di sana lama-lama. Jawapan saya, saya nampak mana yang betul mana yang salah. Hitam putih jelas terang. Dan saya tak perlu risau iman saya berkarat dimasuki unsur nifaq. Yang saya selalu minta dalam doa lepas sembahyang, Tuhan jangan jadikan saya orang munafik. Saya takut! Itu yang membuatkan saya memandang lebih tinggi ‘negara orang’. Macam bagus sahaja Faisal sekarang.

Eh-eh nak jadi baik pun dipandang serong?

Saya sedih hati dan terlalu berduka dengan keadaan di Malaysia, keadaan yang menimpa remaja-remaja kita. Mana tidaknya kekeliruan adalah kebenaran. Masalah kita di Malaysia bukan masalah ilmu.

Kita kreatif, bangsa Malaysia lebih kreatif dari bangsa-bangsa lain, saya sahkan ini setelah banyak mengembara. Mana ada masyarakat yang boleh menjadikan nasi putih kepada ratus macam nasi lain. Roti canai boleh diintikan nenas apatah lagi pisang. Itu baru perkara mudah-mudah kita sudah kreatif. Bakat kita sudah diterima dan diiktiraf.

Justeru apa masalah lagi, kita bagus dan lebih pandai apa? Kata Abdullah, sebelum ini jika dia lihat cawan dengan tulisan dibuntutnya Made In Malaysia dia akan beli berbanding cawan dengan tertera tulisan Made In Taiwan kerana ‘Malaysia negara Islam’, sekarang dia rasa sangsi.

Dia naik keliru. Islam apa begini? Kita Islam dengan hadharah, kita berilmu.

Tentu, berilmu dan bijak serta berpengetahuan seperti masyarakat Malaysia mesti datang seiiring dengan adab dan akhlak. Masalah kita ialah masalah akhlak. Kalau tidak masakan tidak saya akan menganga mendengar cerita ada gadis remaja Melayu menggesel bahagian tubuhnya kepada teman saya di dalam LRT.

Come on Faisal, apa salahnya, budak perempuan itu mengaji khatam al-Quran apa! Dia tahu tajwid lebih dari engkau.

Jadi sayalah yang berdosa? Eh-eh kelirunya!

[ OLEH FAISAL TEHRANI ]

Categories: cetus

akakjb @ puan marini dalam kenangan…

July 21, 2008 1 comment

innalillahiwainna ilaihi ro ji’un..

[Potret sebelah ini saya ambik dari blog frenster arwah.]

Sebelum ini, maklumat berita dari rakan rakan mengatakan bahawa arwah telah dimasukkan ke wad ekoran dari kesakitan sakit arwah. Dalam keadaan lemah, makan pun tidak berapa boleh arwah dirawati oleh pihak hospital. Atas dasar persahabatan, makanya diusahakan cara untuk membantu arwah disebabkan jarak yang jauh. Makanya hanya dengan usaha inilah yang dapat dilakukan.

Aku cukup bersedey dengan berita ini… sebelum ini, pada 17hb petangnya ada bercakap dengan suami arwah bertanyakan keadaan arwah. Dan juga meminta nombor akaun arwah untuk saluran sumbangan dari rakan rakan KOL.

Malam 18hb ketika balik dari kerja sambey memandu, teringatkan keadaan arwah. terus call suami arwah (En Fauzi) bertanyakan keadaan arwah. Dimaklumkan bahawa arwah telah dipindahkan ke hospital yg lain. Arwah dalam keadaan tenat. Saya pun tatau nak cakap pa dengan En Fauzi. Hanya minta beliau bersabar dan redha dengan selalu apa yg berlaku.

Sabtu malam ada sahabat yang bertanyakan saya betuikah arwah dah meninggal pada masa tu. Saya lagi terkedu… lagi pun saya memang tadak terima apa pa maklumat dari sahabat yang lain. Selang beberapa minit kemudian… En. Fauzi call. Dia maklumkan bahawa akakjb dah meninggal pukui 5.40 petang tadi…. tergamam aku… lagi sekali tatau nak kata pa… dimaklumkan juga oleh En. Fauzi jenazah akan dikebumikan esok hari di Johor.

Sesungguhnya kenangan dengan arwah amat banyak. walopun hanya sekali pernah bertemu dgn arwah. Selebihnya hanya di alam cyber… sesekali ada la call thru phone. Pernah ziarah arwah pada penghujung tahun 2006 ataupun awai 2007 (maaf, tak bopa ingat) sewaktu arwah diperingkat awal sakit. Berbual dengan arwah, suaminya, ayah dan ibu arwah. Arwah mmg seorang yang mesra. Itu semua hanyalah kenangan.

Buat En. Fauzi, semoga tabah menghadapi semua dugaan ini bersama dengan anak anak. Buat anak anak arwah… ibu kalian sentiasa ‘hidup’ dimana mana sahaja. Tabahkan dan kuatkan semangat melalui hari hari yang mendatang.

Pada saya, arwah adalah seorang sahabat yang baik dan mesra. Sentiasa sudi memberikan sebarang bantuan jika kita perlukan bantuan. Seorang yang girang. Semua itu dapat dilihat dalam posting posting beliau dalam KOL. Tapi… itu lah. Siapa sangka… Disebalik itu dan juga didalam dirinya menanggung beban sakit sengsara ~ kanser. Beliau tabah mengharunginya bersama sama apa yang ada disekelilingnya.. Bertarung hingga ke akhir hayat beliau.

Akhir sekali, marilah kita semua sama sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 soleh… amin

Categories: cetus
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.